Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H

Written by Geliga Ent on Tuesday, November 16, 2010 at 5:26 AM


GP ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H kepada semua muslimin dan muslimat di negara ini.

Seperti biasa sebagai umat Islam yang patuh kepada Allah s.w.t. dan segala perintahnya kita akan menyempurnakan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan seperti yang disunatkan oleh agama kita.

Korban pada zahirnya disunatkan ke atas kita yang mampu untuk membuat penyembelihan ke atas binatang seperti lembu, kambing dan sebagainya agar dagingnya dapat diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. agar jemaah haji kita di tanah suci dapat melakukan ibadah mereka dengan sempurna dan agar mereka dikurniakan haji yang mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat. Semoga pengalaman mereka di tanah suci dapat kita manfaatkan untuk mempertingkatkan keimanan kita. Sekian dari GP. Wassalam

0 Responses to "Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com