Tongsan Bukit Rotan Perak

Written by Geliga Ent on Thursday, November 11, 2010 at 3:47 AM

Salam Kepada sahabat Gp sekalian.
Ini dia tongsan sisik halus dan beberapa ikan yang berjaya di daratkan oleh kami. Sememangnya rejeki di lombong ini melimpah ruah dengan adanya pelbagai spesis ikan mendiami kawasan lombong ini. memangnya banyak kami melihat kelibat sang tongsan samada sisik halus dan sisik kasar. Skill yang kami gunakan akan seperti sembat mata 3, jaring hantu, cacing, serta dedak.


Pernah diceritakan oleh Abg Kassim kepada saya. Sewaktu beliau pergi memancing di lombong tersebut beliau terkejut melihat semua ikan telah terapung dan lemah diatas air. Apa lagi dengan mudah beliau memilih ikan yang besar2 sahaja seperti ikan tongsan yang bersaiz 1 dan 2 kilo dan beberapa ikan talapia dan lampam. Lalu Beliau pulang dengan gembira dengan hasil yang lumayan. Kejadian tersebut berlaku kerana tahap kandungan mineral tanah di dalam lombong tersebut dan mungkin juga kerak bumi terlampau panas. Begitulah pendapat beliau. Walauapapun, itu semua adalah rejeki dan kehendak Tuhan kan.

Abg Jamal dengan hasil tangkapannya si lampam yang bersaiz L. Memang puas hati walaupun dengan menggunakan jaring hantu pasti hasil tidak menghampakan

Waktu yang agak senja dan cuaca yang hujan tidak melemahkan semangat kami untuk memancing

Talapia yang bersaiz 1 setengah dan 2 tapak tangan akan tersangkut pada jaring hantu yang bersaiz 9 dan 10. yang kecik terlepas dari lubang jaring tersebut. Tak main la yang kecik kan.hehe

Ini dia separuh hasil tangkapan kami yang sememangnya berbaloi untuk di buat ikan bakar..

Ha..tgk besar tak talapia nie. Jangan pandang rendah pada pemancing cilik ini ye.



0 Responses to "Tongsan Bukit Rotan Perak"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com