Assalamualaikum , salam perjuangan kepada semua pengunjung di laman blog GROUPPANCING ini. Masa berlalu dengan pantas dan cepat sehingga tidak sedar kita telah pun berada tahun baru iaitu Awal Muharram 1432H. Alhamdulillah dengan keberkatan dan usia kita dapat meyambut di tahun baru ini. Saya berharap anda semua tidak terlepas membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga Allah mengurniakan kita nikmat dan kesejahteraan di tahun baru 1432H ini.
Maal Hijrah merupakan permulaan tahun baru Taqwim Islam. Ia bermula demi memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi dan mengingatkan kita tentang perubahan yang berlaku pada sejarah umat islam.
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Selain itu, Perubahan dari perkara negatif kepada perkara positif atau dari kurang baik kepada yang lebih baik dan sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus dan sehinggalah berlaku pada zaman moden kita ini. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah dan sebagainya. hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
0 Responses to "SALAM MAAL HIJRAH 1432"
Post a Comment