Trip mudah Memancing Tilapia

Written by Geliga Ent on Tuesday, September 28, 2010 at 11:40 PM

Salam Syawal pada GP sekalian. Selepas Trip Beraya Ke Klang, family GP iaitu En Jamal, En Kassim, Iqbal dan Beberapa anak buah Pulang berhari raya di Beruas Perak. Sesudah beraya di rumah sanak-saudara di sekitar Beruas, Gp mencadangkan memancing ke Setiawan iaitu port memancing yang paling famous di sekitar perairan muara dan laut Perak. Spesis ikan yang dipertaruhkan iaitu Siakap, Senangin, Ebek, Kerapu, Pari, Jenahak dan sebagainya, Namun impian Hanyalah sia-sia kerana tahap air pasang dan surut tidak menyelebelahi GP. Kecewa dengan kenyataan tersebut, kami bercadang ke port biasa iaitu memancing Talapia.



Kali ini kaedah yang baru diperkenalkan oleh En kassim. Teknik ini telah lama tetapi ia sesuai digunakan pada port kami .Terknik umpan jaring lebih mudah berbanding menggunakan umpan cacing dan udang beras. Sememangnya teknik ini lebih mudah dan berkesan.
Dengan memberikan rasuah kepada ikan iaitu menaburkan dedak atau pallet terlebih dahulu, ia memastikan ikan akan makan sambil bermain di sekitar port kami.


Rajah diatas menunjukkan cara-cara bagaimana untuk memancing dan memasang umpan bagi menggunakan jaring pancing.

Setelah menunggu dalam beberapa minit, barulah kami melabuhkan pancing masing masing.Tidak sampai 2 minit ikan pasti akan terkena jaring. Ikan bersaiz 2 dan 3 tapak tangan bertalu-talu terkena pancing jaring kami. Memang tak cukup tangan dibuatnya. taruk sahaja pasti mengena. Memang kenduri besar famili kami.


Tidak sampai 2 jam sahaja, hasil tangkapan kami dianggarkan dalam 10 kilo ikan talapia Memang rejeki kami. Alhamdulillah. Ikutkan nak habiskan je semua ikan kat lombong itu. tapi nasib baik hujan lebat melanda tempat kami dan terpaksa Gp melupakan hasrat yang sungguh tamak itu.


Selepas pulang. GP sekeluarga meyiang ikan untuk di bakar pada malam hari.
Sungguh menyelerakan sekali apabila ikan talapia dicicah dengan kicap sili api. Perghtt terangkat woo..
Sekian dari GP,
Wassallam

Trip Beraya di Port Klang

Written by Geliga Ent on Friday, September 24, 2010 at 12:48 AM




Assalamualaikum dari GP dan Selamat Hari Raya pada muslimin dan musliman sekalian.
Kali ini GP dari sahabat-sahabat beraya di Port Klang. Apabila orang beraya dirumah kita mesti kita hidangkan kuih muih ataupun rendang dan lemang kan, tapi kali ini ikan pun nak beraya juga justeru, kami hidangkan makanan seperti udang, kerang dan pumpun. Begitulah kisahnya. Tepat pada 12 tengah malam satu konvoi menaiki kereta Viva seramai 5 orang. GP memecut laju menuju ke port Klang. Sampai sahaja di muara sungai Klang terus melabuhkan pancing serta hidangan hari raya untuk ikan-ikan.tungu punya tunggu dalam 2 jam hanyalah ikan duri yang dapat di daratkan. Nak dijadikan cerita, Mr Arif tengah syok duduk di atas rel keretapi sambil melayan kuih raya yang dibawanya. Tiba-tiba beliau terasa besi rel yg diduduknya berbunyi dan bergetar. beliau ingat ada orang mengetut besi tersebut, akan tetapi jangkaan beliau merosot dan terkejut melihat lampu hadapan keretapi menyuluh dan sedang berjalan menghampiri ke arah beliau. Dan apa lagi En Arif menjerit kepada semua sahabat GP dan orang ramai yang berada disitu supaya beredar dan pergi ke tempat yang lebih selamat. Habis lintang pukang orang dibuatnya. Mana taknya dah dekat 100 meter barulah kereta api tu nak bunyi hon. Memang dasar kurang asam punya pemandu keretapi. Selepas keretapi beredar dan GP pergi ketempat itu semula dan melihat baju sahabat GP iaitu En Sabki habis kowak rabak dilanggar oleh keretapi tersebut. Selamat ada baju spair kalau tidak seksilah En Sabki. hehe. Memang terlalu bahaya untuk anda memancing disitu. Nasihat GP, carilah port yang sesuai dan selamat untuk memancing. Selepas kejadian tersebut GP sepakat dan terus mengubah tempat di kelong Tanjung harapan. Dengan harapan mendapat ikan yang banyak dan besar-besar. Mari kita saksikan gelagat dari Sahabat GP.


Permandangan dari Tanjung Harapan Sewaktu subuh menjelma. Sungguh cantik dan indah ciptaan Allah yang Maha Esa.


En Sabki dengan ikan gelama. Cuba lagi mana la tau dapat ikan sesaiz badan En Sabki. Kenduri besar la Kg. Segambut Dalam. heheheh

Gelama kecik pun angkut. Layannnn


Ini dia En Mimi dengan anak siakap yang beraya di naikkan oleh beliau. Kecik-kecik cili api. Ganas juga sentapannya. Masak goreng cili api pun sedap juga.


En Arip dengan Ikan Gelama. Ikan Di tanjung harapan sekarang adalah musim ikan gelama yang Boleh tahan besarnya. Gelama sahaja dinaikkan oleh beliau. Kata Beliau dapat sekilo balik rumah pun dah alhamdulillah.


En Khalid Sempat berposing mengayakan eksesori pancing beliau yang sememangnya mahal-mahal belaka.


uiksss..apakah ini?? Ini adalah ikan talapia massage. Memang seronok digigit oleh ikan ini. Gambar ini diberikan oleh En. Arif sewaktu beliau berjalan-jalan di shopping komplex selepas memancing di Port Klang pada petangnya.


bulu kaki pun digigitnya..abis la botak bulu kaki tu.hehehe


Amalan fish massage juga dapat memberikan kesihatan anda yang lebih baik. Jadi apa salahnya anda mencuba. Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan.
Sekian Dari GP. Wassalam.

Salam Aidilfitri 1431 H Kepada Semua Pemancing Malaysia

Written by Geliga Ent on Wednesday, September 8, 2010 at 10:54 AM


Kami anggota-anggota Gp Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Kaki-kaki Pancing, Blogger Pancing, Kelab Pancing, Persatuan Pemancing, individu pemancing solo atau berkumpulan seluruh Malaysia, dan semua umat islam diserantau dunia. Semoga kedatangan syawal yang mulia ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara para pemancing semua. Ampun dan maaf sekirannya GP melakukan kesilapan sama ada dari penulisan, komen-komen, gambar-gambar serta tingkahlaku yang tidak disenangi. Akhir kata, selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Sekian, Wassallam

Trip Memancing Penghujung Ramadhan

Written by Geliga Ent on Saturday, September 4, 2010 at 8:58 AM




Ke Kolam Bayar ler pulak.. Misi kali ini dianjurkan oleh En naz (My Mancing) tetapi cadangan oleh GP (Group pancing). Ahli terdiri daripada En Naz, En Kay dan En Aizat. Dengan menaiki motor selama 30 minit sampai ke destinasi iaitu di tasik Kundang. Sudah sekian lama kami tidak memancing di kolam bayar. Al maklum la di sekitar kuala lumpur kolam memancing tidak banyak. Boleh dikira dengan jari. Lagi pun ikan yang dihuni didalam kolam tersebut memang pegi sekolah. Memang educated skali. Biasa la kan ikan duduk dibandar. Kemungkinan juga Tokey kolam yang pandai untuk mencari keuntungan lebih dengan menaburkan kapur didalam kolam tersebut supaya ikan tidak nampak umpan. Wallahualam.. Jadi nasihat dari GP, nak pergi mancing ikan pegi la jauh sedikit dari kl. Nescaya hasil tangkapan anda akan berhasil dengan banyak..Insayaallah.


disini GP mengelaskan kolam ini Gred B. iaitu bagus! memang tidak diduga ikan yang mendiami kolam tersebut sememangnya besar2 belaka. kene dengan adunan dedak/ gamdum dan pallet berserta tepong boom..pasti ia memakan umpan anda.akan tetapi kerana dedak yang kami bawa tidak power adunannya, target GP dan Mymancing hanyalah ikan pacu. .Kerana ikan ini memang dikategori ikan yang mudah untuk didaratkan.

Kelihatan Kay termenung jauh Dalam hatinya tengah menjampi serapah kot. Atau mungkin juga beliau tension kerana tali pancingnya putus diragut oleh ikan tongsan yang rakus. Hehe

Suasa malam di Kolam pancing tasik kundang. Seolah-olah kita berada di kelong di tengah lautan..


En kay Dengan hasil Tangkapan Beliau yang Sememangnya berbaloi untuk Bersahur bersama keluarganya.



Inilah satu satunya umpan yang paling mujarab. Nasihat dari GP, umpan sebegini adalah menjadi kewajipan untuk memancing di kolam bayar..Insyaallah anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.AWAS!! sekiranya tokey kolam melarang umpan ini jangan la dibawa ye. sekian dari GP, Selamat berpuasa dan memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir ini. Wassalam.

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com