Kome Ponah Nengok Ikan Besor Ini?
Written by Geliga Ent on Thursday, January 31, 2013 at 6:02 AM
Temoleh wehh..kome
kenei ke?
Tongsan Sungai
Patin Sungai
kalau nak makan ikan sungai yang sedap
sedap sila ler bertandang ke Telok Bakong Parit Perak.Boleh berjumpe dengan
tokey ikan kita ni haa..Mat Noor Mansor,bersebelahan dengan Rumah Pam Air Telok
Bakong.Gambor yang ditunjuk ni baru sikit..Banyak lagi jenis yang beliau dapat
tangkap..termasuk ikan siakap...tak caye??...nanti teman coyerr gambornyer...
Nah ini ler dia
ropenyer siakap sungai yang glemer itu..ponah kome jumpe??
yang ni..orang
telok bakong lambor..jangan cube dekat..tapah wehh..
DUA nelayan mendarat tongkol raksasa
1,000lb
Mark, kiri, dan Neil dengan tongkol raksasa
Besarnya ikan tongkol ini! - cukup
untuk mengisi 2,000 tin. Scot Marc Towers dan pal Neil Cooke berjuang selama
dua jam untuk mengheret ikan tongkol raksasa ini ke permukaan.
Dan mereka terpaksa menunda tangkapan
mereka itu sejauh empat kilometer ke pantai di Nova Scotia , Kanada, kerana ia
terlalu berat untuk bot.
Ikan raksasa itu - cukup besar untuk
membuat 100,000 bahagian maki sushi - kini telah diterbangkan ke Jepun di
mana ia dijangka mencecah harga £ 20,000 apabila ia dijual di pasaran lelong.
Marc, 30, graduan University
Stirling, berkata : " Ikan itu kami tunda di sebelah bot hingga ke
pelabuhan dan kemudian menggunakan kren untuk mengangkatnya.
Trip Syawal Di Kg Tualang Perak
Written by Geliga Ent on Monday, August 27, 2012 at 8:11 AM
Salam lebaran kepada semua grouppancing sekalian. Cuti raya kali ini dipergunakan dengan sebaiknya dengan aktiviti memancing apabila balik ke kampung perak.
Suasana Sekitar kawasan lombong di Kg Tualang
Indahnya dan damai melihat permandangan
ikan Duri atau nyet2 pun ada di lombong ni.Bahaya juga sengat dier tu.
Pohon yang rendang dan renek sesuai utk kami berteduh dengan suasana panas terik
Talapia sebesar tangan yang lazimnya memakan umpan kami
Ini dia ikan likor yang berjaya di tangkap oleh Abg Kassim.Beliau memang otai banyak juga likor dinaikkan
Ikan ketutu pun ada.mahaltu .sekilo 50 ringgit.betol ke?
Ini dia ikan lampam sulung Abg Jem.
Likor lagi.gimik muka macam berat jerk..terbaik la...
kesian, Ikan pun kene gantung beramai-ramai pulak tu..ish..ish..
Ini hasil kami banyak yer...yeahh
Masa untuk pulang.itu je la rejeki kami.
Hasil Selama 4 jam memancing..Bole la..
Susun berderet ikan ni.Boleh jual sekilo 6 ringgit. hehe
Aikk? kenapa abg Kassim.Ni mesti penat la nak meyiang ikan la nie..
waduh-waduh..hehehe
Trip Mengudang Kuala Selangor
Written by Geliga Ent on Wednesday, July 18, 2012 at 9:13 AM
Salam kepada Grouppancing. Ini dia trip sebelum ramadhan banyak udang galah besaiz xl berjaya dinaikkan
Pacuan Empat roda sememangnya kenderaan yang sesuai utk para pemancing
Lokasi Sungai Kuala Selangor sememangnya terbaek untuk memancing udang galah
Pakya Tekong yang Power mencari lubuk..otaiiii tu..
Aye dan Unku sempat bergambar kenangan di atas boat..
Besar jugak udang di Kuala Selangor.Sekarang ni tengah musim.Moh ler kita ramai-ramai mengudang.
Aye dengan mak udang pula..yeahhh
Pakya mendapat seekor ikan Duri bersaiz Xl.tapi pic tesalah amek.sory ar..hehe
Aye sememangnya ada tuah kerana beliau sahaja yng paling banyak mendapat udang..terer tu..
Ini hasil kami.agak lumayan juga kan.
Ini tangkapan yang ke 10
Akuarium Meletup Dikala Subuh
Written by Geliga Ent on Wednesday, June 27, 2012 at 1:16 AM
Kebabom! Bunyi yang sungguh kuat meyelubungi di kala subuh. Terkejut dengan bunyi tersebut saya terus bergegas keluar rumah. bunyi apakah itu? Melihat sekeliling rumah yang banjir, rupa-rupanya akuarium telah pecah. Masyaallah!
Keadaan halaman rumah yang banjir. Nasib baik air tak masuk rumah.
Saya melihat Ikan Kaloi Tercungap-cungap kelemasan. Maksudnya kalau manusia lemas dalam air, ikan lemas di darat. Lebih kurang la maknyanya kan.
Kesian ikan Kaloi peliharaan saya ini. Nama diberi Siti sebab dia betina..Nasib baik la panjang umur dia dan masih bernyawa lagi. Jadi saya pun segara mengambil kain pelikat untuk membungkus dan mencari kolah air untuk memastikan ia hidup. Syukur alhamdulillah pagi tadi sampai pukul 5 petang ini ia dapat berenang dgn baik walaupun kelihatan cedera teruk terkena serpihan kaca. Harap-luka tu nanti baik dengan sendirinya.
Saya pun tidak berapa pasti apakah puncanya kejadian yang berlaku. Aquarium meletup/pecah dengan sendirinya. Tiada anasir jahat jiran rumah atau sesiapa yang dengki pun selama ini. Erm..Ada sesiapa yang boleh memperjelaskan bagaimana tejadinya. Mungkin dari hukum sains kalau luaran kita sejuk dan dalaman panas akan berlaku kesan retak atau pecah. Betul ke analisis saya ni.hehe. kalau ada sesiapa tahu bolehlah kongsi bersama ye.
Untuk Keselasaan Ikan peliharaan saya. saya telah hantar ke kedai untuk memperbaiki aquarium tersebut.Insyaallah esok pagi dah siap. Walauapapun yang berlaku sayangilah haiwan peliharaan anda.Sekian Wasallam
0
comments
Categories:
Akuarium Meletup Dikala Subuh
Share this post - Email This
i
Subscribe to:
Posts (RSS)










