Written by Geliga Ent on Thursday, November 11, 2010 at 3:47 AM
Salam Kepada sahabat Gp sekalian.
Ini dia tongsan sisik halus dan beberapa ikan yang berjaya di daratkan oleh kami. Sememangnya rejeki di lombong ini melimpah ruah dengan adanya pelbagai spesis ikan mendiami kawasan lombong ini. memangnya banyak kami melihat kelibat sang tongsan samada sisik halus dan sisik kasar. Skill yang kami gunakan akan seperti sembat mata 3, jaring hantu, cacing, serta dedak.
Pernah diceritakan oleh Abg Kassim kepada saya. Sewaktu beliau pergi memancing di lombong tersebut beliau terkejut melihat semua ikan telah terapung dan lemah diatas air. Apa lagi dengan mudah beliau memilih ikan yang besar2 sahaja seperti ikan tongsan yang bersaiz 1 dan 2 kilo dan beberapa ikan talapia dan lampam. Lalu Beliau pulang dengan gembira dengan hasil yang lumayan. Kejadian tersebut berlaku kerana tahap kandungan mineral tanah di dalam lombong tersebut dan mungkin juga kerak bumi terlampau panas. Begitulah pendapat beliau. Walauapapun, itu semua adalah rejeki dan kehendak Tuhan kan.
Abg Jamal dengan hasil tangkapannya si lampam yang bersaiz L. Memang puas hati walaupun dengan menggunakan jaring hantu pasti hasil tidak menghampakan
Waktu yang agak senja dan cuaca yang hujan tidak melemahkan semangat kami untuk memancing
Talapia yang bersaiz 1 setengah dan 2 tapak tangan akan tersangkut pada jaring hantu yang bersaiz 9 dan 10. yang kecik terlepas dari lubang jaring tersebut. Tak main la yang kecik kan.hehe
Ini dia separuh hasil tangkapan kami yang sememangnya berbaloi untuk di buat ikan bakar..
Ha..tgk besar tak talapia nie. Jangan pandang rendah pada pemancing cilik ini ye.
Written by Geliga Ent on Tuesday, October 26, 2010 at 1:57 AM
Hati-hati: Jeremy Wade berani posing dengan Tigerfish Goliath 5ft panjang yang ditangkap selama ekspedisi Sungai Congo di Afrika
Ikan tigerfish goliath adalah salah satu ikan air tawar yang paling menakutkan di dunia dan dikatakan sebagai versi yang jauh lebih besar dan merbahaya dari piranha.
Ikan raksasa mempunyai 32 gigi yang saiz serupa dengan ikan jerung putih yang besar dan telah dikenali mampu untuk menyerang dan membaham manusia dan juga buaya. Hal ini pernah terjadi dan pernah tertangkap oleh segelintir nelayan kerana bahaya itu dan lokasi habitat mereka ini sangat sukar untuk dijangkau dan dijumpai.
Program ITV's River Monsters melihat dan meneliti laporan mitos dari seluruh dunia manusia diserang olehikan monster yang tidak dikenali dan menetapkan untuk mencari dan menangkap ikan tersebut.Wade berkata ia mengambil selama lapan hari untuk berusaha mendarat dan melepaskan kembali ke sungai akan selepas itu.
Gigi di atasnya yang luar biasa tajam dan kira-kira sama seperti ikan jerung putih yang besar.ikan ini juga mempunyai gigitan yang sangat kuat mampu membaham mangsa sebenar saiznya itu, "Dianggarkan bahawa serangan ikanberlaku dengan gerakan tiba-tiba atau splash.Wade mendedahkan ia menggunakan ikan patin yang cukup besar sebagai umpan untuk tigerfish dan tali 200 paun dan road.
kata beliau "Ini adalah ikan yang sangat berbahaya untuk menangani dan menewaskannya. Jika anda tidak berhati-hati, dengan mudah ikan ini dapat mengambil jari atau tangan anda atau akibatnya lebih buruk dari itu.
Written by Geliga Ent on Friday, October 1, 2010 at 12:21 AM
Assalamualaikum. Baru baru ini GP dan RNZbergabung membuat trip kepulau Upeh Melaka .Trip di jadualkan pukul 5.30 petang bertolak dari Kuala Lumpur tergendala selama 2 jam kerana hujan yang lebat melanda Kuala Lumpur dan menyebabkan jem teruk. Tepat pada pukul 8 malam rakan GP iaitu En Jamal, En Akmar, Syeikh Faizi dan saya bertolak menaiki jentera Toyota dan di pandu laju menuju ke destinasi kami iaitu Melaka. Tepat pada pukul 9 kami pun sampai d irumah pakcik saudara iaitu Pak Tam yang sememangnya otai tentang selok belok memancing di pulau tersebut. Mengambil masa selama 15 minit dan kami pun sampai di jeti Klebang Besar iaitutempat untuk menyewa bot untuk pergi ke Pulau Upeh. Dengan harga RM 20.00 seorang pergi dan balik. Setelah 20 minit berada di atas bot kami pun sampai ke jeti Pulau Upeh.
Papan tanda ini amat penting ia digunakan sebagai tanda utk ke Jeti Pulau Upeh
Melihat suasana yang gelap dan sunyi dan berlatar belakangkan Hotel dan shelet yang telah lama terbiar serta usang lagi menaikkan bulu roma kami. Tetapi semua itu tidak melunturkan semangat kami kerana datang berlima adalah lebih selamat. Buat pengatahun GP semua, Pulau Upeh juga dikenali sebagai 'Liha Das Pedra' oleh orang Portugis bermaksud tempat yang berbatu. Merujuk perang dunia kedua, Pulau Upeh digunakan sebagai tempat melihat(out point) untuk menyerang kapal perang di Selat Melaka. Pulau Upeh juga digunakan tempat mengambil batu untuk membina A-Famosa. Pulau Upeh juga terkenal dengan tempat penyu Karah datang untuk bertelur.
Berbalik dengan trip kami, Pak Tam telah menyediakan bekalan udang yang segar dan udang hidup untuk memancing serta perambut yang dibuatnya semdiri yang sememangnya beliau pakar dalam pembikinan segala jenis perambut. Ikan yang dipertaruhkan disini adalah spesis ikan siakap,jenahak,pari, ebek, daun baru ikan merah,kerapu, senangin serta semilang dan lain-lain. Menurut kata beliau pernah menaikkan ikan siakap seberat 1o kilo dan beberapa ikan lain seperti kerapu dan ikan pari yang bersaiz mega. Selepas kami memasang perambut dan umpan, joran dilabuhkan dilubuk yang berpotensi.
Suasa Selepas subuh di jeti Pulau Upeh
meraka berhempas pulas mengeluarkan mata kail dari ikan pari.hati-hati ckit kalau kene duri dia racun tu.
Tidak sampai 20 minit pancing Syeikh Faizi di sentap dan berbunyi loceng dengan kuat. Apa lagi suatu pertarungan yang yang sengit diantara mereka. Pari kara seberat hampir sekilo telah berjaya didaratkan oleh beliau. Alhamdulillah rejeki Allah.
Ikan yang ditangkap masih hidup diletakkan di Aquarium mini kami.memang cantik melihat nya sesambil bosan menunggu ikan terkena pancing.
Ikan Gerut dan Daun baru sekali sekala memakan umpan kami.ganaz juga sentapan nya
Sebahagian hasil dari tangkapan kami
Syeikh Faizi sempat bergambar dengan tekong Otai Pak Parim
Gerut dan daun baru diantara ikan yang dinaikkan
Sejenis Rumpai laut yang hidup spesis ini lebih kurang sama dengan tapak sulaiman
Selepas pembukaan lesen pari tersebut tidak cukup tangan dibuatnya kerana ikan gelama dan duri tidak putus-putus memakan unpan kami. Kadang kala ikan seperti tuka, gerut dan daun baru sudi memakan umpan kami. Selama satu hari juga kami berada di pulau tersebut dan pada pukul 3 petang kami pun berangkat pulang. Mungkin bukan rejeki kami untuk memburu ikan siakap dan ikan mega yang lain.Tetapi, kami tidak menyerah kalah dan sememangnya kami akan datang ke pulau tersebut di lain hari.
Written by Geliga Ent on Tuesday, September 28, 2010 at 11:40 PM
Salam Syawal pada GP sekalian. Selepas Trip Beraya Ke Klang, family GP iaitu En Jamal, En Kassim, Iqbal dan Beberapa anak buah Pulang berhari raya di Beruas Perak. Sesudah beraya di rumah sanak-saudara di sekitar Beruas, Gp mencadangkan memancing ke Setiawan iaitu port memancing yang paling famous di sekitar perairan muara dan laut Perak. Spesis ikan yang dipertaruhkan iaitu Siakap, Senangin, Ebek, Kerapu, Pari, Jenahak dan sebagainya, Namun impian Hanyalah sia-sia kerana tahap air pasang dan surut tidak menyelebelahi GP. Kecewa dengan kenyataan tersebut, kami bercadang ke port biasa iaitu memancing Talapia.
Kali ini kaedah yang baru diperkenalkan oleh En kassim. Teknik ini telah lama tetapi ia sesuai digunakan pada port kami .Terknik umpan jaring lebih mudah berbanding menggunakan umpan cacing dan udang beras. Sememangnya teknik ini lebih mudah dan berkesan. Dengan memberikan rasuah kepada ikan iaitu menaburkan dedak atau pallet terlebih dahulu, ia memastikan ikan akan makan sambil bermain di sekitar port kami.
Rajah diatas menunjukkan cara-cara bagaimana untuk memancing dan memasang umpan bagi menggunakan jaring pancing.
Setelah menunggu dalam beberapa minit, barulah kami melabuhkan pancing masing masing.Tidak sampai 2 minit ikan pasti akan terkena jaring. Ikan bersaiz 2 dan 3 tapak tangan bertalu-talu terkena pancing jaring kami. Memang tak cukup tangan dibuatnya. taruk sahaja pasti mengena. Memang kenduri besar famili kami.
Tidak sampai 2 jam sahaja, hasil tangkapan kami dianggarkan dalam 10 kilo ikan talapia Memang rejeki kami. Alhamdulillah. Ikutkan nak habiskan je semua ikan kat lombong itu. tapi nasib baik hujan lebat melanda tempat kami dan terpaksa Gp melupakan hasrat yang sungguh tamak itu.
Selepas pulang. GP sekeluarga meyiang ikan untuk di bakar pada malam hari. Sungguh menyelerakan sekali apabila ikan talapia dicicah dengan kicap sili api. Perghtt terangkat woo.. Sekian dari GP, Wassallam
Written by Geliga Ent on Friday, September 24, 2010 at 12:48 AM
Assalamualaikum dari GP dan Selamat Hari Raya pada muslimin dan musliman sekalian. Kali ini GP dari sahabat-sahabat beraya di Port Klang. Apabila orang beraya dirumah kita mesti kita hidangkan kuih muih ataupun rendang dan lemang kan, tapi kali ini ikan pun nak beraya juga justeru, kami hidangkan makanan seperti udang, kerang dan pumpun. Begitulah kisahnya. Tepat pada 12 tengah malam satu konvoi menaiki kereta Viva seramai 5 orang. GP memecut laju menuju ke port Klang. Sampai sahaja di muara sungai Klang terus melabuhkan pancing serta hidangan hari raya untuk ikan-ikan.tungu punya tunggu dalam 2 jam hanyalah ikan duri yang dapat di daratkan. Nak dijadikan cerita, Mr Arif tengah syok duduk di atas rel keretapi sambil melayan kuih raya yang dibawanya. Tiba-tiba beliau terasa besi rel yg diduduknya berbunyi dan bergetar. beliau ingat ada orang mengetut besi tersebut, akan tetapi jangkaan beliau merosot dan terkejut melihat lampu hadapan keretapi menyuluh dan sedang berjalan menghampiri ke arah beliau. Dan apa lagi En Arif menjerit kepada semua sahabat GP dan orang ramai yang berada disitu supaya beredar dan pergi ke tempat yang lebih selamat. Habis lintang pukang orang dibuatnya. Mana taknya dah dekat 100 meter barulah kereta api tu nak bunyi hon. Memang dasar kurang asam punya pemandu keretapi. Selepas keretapi beredar dan GP pergi ketempat itu semula dan melihat baju sahabat GP iaitu En Sabki habis kowak rabak dilanggar oleh keretapi tersebut. Selamat ada baju spair kalau tidak seksilah En Sabki. hehe. Memang terlalu bahaya untuk anda memancing disitu. Nasihat GP, carilah port yang sesuai dan selamat untuk memancing. Selepas kejadian tersebut GP sepakat dan terus mengubah tempat di kelong Tanjung harapan. Dengan harapan mendapat ikan yang banyak dan besar-besar. Mari kita saksikan gelagat dari Sahabat GP.
Permandangan dari Tanjung Harapan Sewaktu subuh menjelma. Sungguh cantik dan indah ciptaan Allah yang Maha Esa.
En Sabki dengan ikan gelama. Cuba lagi mana la tau dapat ikan sesaiz badan En Sabki. Kenduri besar la Kg. Segambut Dalam. heheheh
Gelama kecik pun angkut. Layannnn
Ini dia En Mimi dengan anak siakap yang beraya di naikkan oleh beliau. Kecik-kecik cili api. Ganas juga sentapannya. Masak goreng cili api pun sedap juga.
En Arip dengan Ikan Gelama. Ikan Di tanjung harapan sekarang adalah musim ikan gelama yang Boleh tahan besarnya. Gelama sahaja dinaikkan oleh beliau. Kata Beliau dapat sekilo balik rumah pun dah alhamdulillah.
En Khalid Sempat berposing mengayakan eksesori pancing beliau yang sememangnya mahal-mahal belaka.
uiksss..apakah ini?? Ini adalah ikan talapia massage. Memang seronok digigit oleh ikan ini. Gambar ini diberikan oleh En. Arif sewaktu beliau berjalan-jalan di shopping komplex selepas memancing di Port Klang pada petangnya.
bulu kaki pun digigitnya..abis la botak bulu kaki tu.hehehe
Amalan fish massage juga dapat memberikan kesihatan anda yang lebih baik. Jadi apa salahnya anda mencuba. Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan. Sekian Dari GP. Wassalam.
Written by Geliga Ent on Wednesday, September 8, 2010 at 10:54 AM
Kami anggota-anggota Gp Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Kaki-kaki Pancing, Blogger Pancing, Kelab Pancing, Persatuan Pemancing, individu pemancing solo atau berkumpulan seluruh Malaysia, dan semua umat islam diserantau dunia. Semoga kedatangan syawal yang mulia ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara para pemancing semua. Ampun dan maaf sekirannya GP melakukan kesilapan sama ada dari penulisan, komen-komen, gambar-gambar serta tingkahlaku yang tidak disenangi. Akhir kata, selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Sekian, Wassallam
Written by Geliga Ent on Saturday, September 4, 2010 at 8:58 AM
Ke Kolam Bayar ler pulak.. Misi kali ini dianjurkan oleh En naz (My Mancing) tetapi cadangan oleh GP (Group pancing). Ahli terdiri daripada En Naz, En Kay dan En Aizat. Dengan menaiki motor selama 30 minit sampai ke destinasi iaitu di tasik Kundang. Sudah sekian lama kami tidak memancing di kolam bayar. Al maklum la di sekitar kuala lumpur kolam memancing tidak banyak. Boleh dikira dengan jari. Lagi pun ikan yang dihuni didalam kolam tersebut memang pegi sekolah. Memang educated skali. Biasa la kan ikan duduk dibandar. Kemungkinan juga Tokey kolam yang pandai untuk mencari keuntungan lebih dengan menaburkan kapur didalam kolam tersebut supaya ikan tidak nampak umpan. Wallahualam.. Jadi nasihat dari GP, nak pergi mancing ikan pegi la jauh sedikit dari kl. Nescaya hasil tangkapan anda akan berhasil dengan banyak..Insayaallah.
disini GP mengelaskan kolam ini Gred B. iaitu bagus! memang tidak diduga ikan yang mendiami kolam tersebut sememangnya besar2 belaka. kene dengan adunan dedak/ gamdum dan pallet berserta tepong boom..pasti ia memakan umpan anda.akan tetapi kerana dedak yang kami bawa tidak power adunannya, target GP dan Mymancing hanyalah ikan pacu. .Kerana ikan ini memang dikategori ikan yang mudah untuk didaratkan.
Kelihatan Kay termenung jauh Dalam hatinya tengah menjampi serapah kot. Atau mungkin juga beliau tension kerana tali pancingnya putus diragut oleh ikan tongsan yang rakus. Hehe
Suasa malam di Kolam pancing tasik kundang. Seolah-olah kita berada di kelong di tengah lautan..
En kay Dengan hasil Tangkapan Beliau yang Sememangnya berbaloi untuk Bersahur bersama keluarganya.
Inilah satu satunya umpan yang paling mujarab. Nasihat dari GP, umpan sebegini adalah menjadi kewajipan untuk memancing di kolam bayar..Insyaallah anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.AWAS!! sekiranya tokey kolam melarang umpan ini jangan la dibawa ye. sekian dari GP, Selamat berpuasa dan memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir ini. Wassalam.
Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com
Surah An-Nisa : 95 Maksudnya : "Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran-dengan orang-orang yang berjihad(berjuang)pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga, dan Allah...
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup”
-
Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo
meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau
Pinang. Ke Ut...
TRIP CARI LAUK SAHUR Ramadhan 2019
-
04/06/19: Hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran bulan
Ramadhan, seawal jam 7, bot yang memuatkan 8 orang penagih tegar ‘jigging’
meme...
| Kembali Dengan Semangat Baru |
-
Ahhhh.. Setelah sekian lama aku tinggalkan scene blogging ni aku rasa tiba²
rindu untuk comeback.. Tapi kali ni aku comeback dengan 1 perkara sahaja
tak ro...
Bantal Emas Teluk Labuk
-
Hui, lama betul tak update blog MSP ni. Sibuk yang amat. Nasib baik ingat
lagi password. Tiada persiapan khusus untuk trip kali ni walaupun
perancangan a...
MENGAPA OH MENGAPA
-
Ahad, sebagaimana dirancang, geng IAT turun dengan hajat besar, untuk
menawan lubuk misteri. Perjalan awal pagi dengan harapan yang besar, namun
mula terba...
-
Assalamualaikum W.B.T. Apa kabar dan selamat tahun baru 2015.. Dah lama GP
tak tulis artikal berkenaan memancing.. Insyaallah tahun baru ini GP akan
beraz...
Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya
-
Ramai yang sedia maklum, Putrajaya memang terkenal dengan tasik-tasik
buatan yang menggelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan tersebut. Air tasiknya
sangat j...
FISHING TIPS UDANG GALAH
-
Highlights consult with friends, date, time and location to be designated
for shrimp fishing (boat). Initial preparation including outboard engine 4 ~
15 ...
Mengesan Lubuk Baru Sungai Bernam
-
*ASSALAMMUALAIKUM and HI all*
**since i receive few calls from non Malay friends who interested with my
blog, *
*U guys make me smile dude! Thanks and do...
bermula kisah di lumut..
-
Bila ada masa lapang dan tidak mengangu waktu kerja saya akan habiskan msa
dilaut untuk memancing..tidak kira malam ataupun siang janji mancing..hasil
pun ...
Masalah parking cartopper di rumah
-
Oleh:Zulhilmi Hat a.k.a Kapt Mie Blues
Sering kali penulis membayangkan untuk memiliki bot aluminium atau
cartopper sendiri dimana boleh menjelajah ke sege...
Tekai Fast Trail 2 Hingga 4 November 2013
-
*Assalamualaikum semua pembaca :*
Lepar Utara - Kali ini kumpulan SG buat kali ketiga kembali ke Hutan
belantara Lepar Utara yang terletak di Negeri Pahang...
Giant snakehead VS flap Jack
-
cast with my friend this morning..my second cast get strike by Giant
snakead..yeahh!i cought 62cm using Strike Pro Flap Jack lure
reel: Daiwa Zillion PE S...
-
Memburu Si”Monster” Andaman Sea, Burma. Demi merealisasikan impian memburu
ikan bersaiz “Monster”, 12 orang pemancing dari Kuala Lumpur dan seorang
dari Ka...
Sandakan Estuary Fishing
-
It's been a while since my last update. My friend Jay Lubasi and I have
planned this trip a month ealier and our target fish is none other than the
borne...
-
It's been more than a year that i had never been posting to this blog...
not forgotten, but a bit busy with almost a whole year of tight schedule...
throug...
JENGGO KLIAS KE KENINGAU
-
Trip 3 Februari baru selesai jam 6pm tadi, setelah 3 minggu tidak turun ke
Klias disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, ditambah lagi dengan
kerja ...
One Fathom Bank I
-
Dah begitu lama tak memancing ke tengah laut sampai joran dah berhabuk.
Bulan ini ada kesempatan untuk mencuba di tempat baru, iaitu Permatang
Sedepa at...
TRIP PULAU JARAK 21 - 23 SEPTEMBER 2012
-
Setelah lama berhenti mencoretkan cacatan dalam blog ini maka kini saya
akan menyambung kembali dengan catatan terbaharu berhubung dengan trip
memancing d...
Mancing di Port Baru..
-
Salam Semua & Selamat berpuasa...
Entry kali ini ialah trip mancing sebelum puasa yg lalu....
Trip di Port baru iaitu di perairan Kunak.. lebih kurang 100k...
kembali lagi
-
salam.... saje nak menempel sesuatu kat sini.. nasib ader orang ingatkan...
kalo tak lagi berhabuk la... aktiviti fishing macam tak jalan.. alasannye
lesen...
JOM MANCING JUN - 3/6/2012
-
*SYARAT-SYARAT** PENYERTAAN :*
1. Kategori IKAN TERBERAT dipertandingkan.
2. Kolam dibuka untuk pendaftaran bermula Ahad jam 6pagi.
3. Pancang besi saha...
Nelayan di Somalia
-
Dengar je negara Somalia, mesti anda memikirkan kebuluran dan kurang
makanan.tetapi Orang laut somalia bergantung sepenuhnya makanan mereka
dengan aktivi...