TIP DAN TEKNIK MENCANDAT SOTONG

Written by Geliga Ent on Tuesday, May 11, 2010 at 5:28 AM



Salam Kembali Semua. Dah lama GP tak membloggerkan diri. Maaf kepada semua Group Pancing kerana tidak dapat melepak dan berborak bersama-sama. Al maklum la GP baru Sahaja buka company baru iaitu Geliga Enterprise. Jadi tak senang duduk dibuatnya. Sesiapa yang ingin memerlukan khidmat seperti printing, advertising serta design bolehlah menghubungi saya. Berbalik pada cerita utama iaitu mencandat sotong, musim Sotong sudah Kembali!. Jadi, marilah kita sama-sama berkongsi ilmu untuk mencandat sotong dengan teknik yang betul dan berkesan.

Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.

MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.

Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.


2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.

Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Telah diperkenalkan dan diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut. Begitulah serba sedikit tip untuk anda semua.

Pada kebiasaan selepas mencandat sotong, sesi memasak pula dilakukan. Gambar dibawah mengajak anda beramai untuk dapat menikmati keenakkan sotong tersebut. Terliur tak? hehehe. jadi pergilah mencandat!. Sekian dari GP. Wassalam.

GEMPAR!!! SOTONG BERKEPALA MANUSIA!!

Written by Geliga Ent on Sunday, April 25, 2010 at 9:56 PM


Inilah sotong Kurita yang dijumpai oleh wanita Indonesia yang berkepala seakan akan manusia.


Orang ramai datang berduyun-duyun ingin meyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri.
Sotong tersebut hidup dan bergerak-gerak sewaktu mereka melihatnya.


Mari kita lihat dengan dekat..bila kita teliti lama-lama. Rupe bentuk sotong ini agak pelik. Adakah ini benar atau satu khayalan atau pembohongan semata-mata? Tepuk dada tanyalah selera. Tiada yang mustahil. Apa-apa pun itu adalah kuasa ciptaan yang Maha Esa. Wallahualam..

TRIP KUALA SELANGOR 2010

Written by Geliga Ent on Sunday, April 18, 2010 at 7:47 PM



Salam kepada Komuniti Group Pancing Malaysia. Mintak maaf kerana lewat untuk mengulas Trip Kuala Selangor. Maklum la GP sibuk sedikit. OK kali ini Group Pancing dengan Team Fuji Xerox Berkomplot untuk ke Kuala selangor. Tujuan utama nak pancing udang galah. Tapi umpan udang beras dan umpun-umpun pun takde jual kat sekitar Ijok. Takpe la kat jeti tu boleh tangguk anak udang. Dengan mengambil masa kiran-kira 40 minit dan + 40 minit (sesat) untuk mencari jalan ke jeti Kg Sepakat. haha.


Sampai aje Kg. Sepakat perut pun dah lapar singgah jap minum teh ais dan berger. Selepas makan kami pun bertanya pada peniaga disana. ”Kenapa takda org memancing?” die kata musim udang dah kurang la. Jadi kami pun bercadang untuk ubah tempat la pergi ke sungai Kuala Selangor. Tiba-tiba terdengar suatu bunyi yang kuat macam berada di konsert la pulak. Kelihatan sekumpulan mat-mat rock tengah jamming di kawasan kg tersebut. Mak aihh..siap ada studio jamming tu. Sempat juga la dengar 2 3 lagu seperti sweet Child dan Hotel Carlifonia untuk mengubati kekecewaan memancing udang galah..hehehe.

Lepas tu kami terus blah dan menuju ke kuala selangor untuk mencari umpan. Pasar pasir penambang adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan unpan. Ikan disana fresh-fesh dan baru turun dari laut la katakan.jadi beli la udang, kerang dan ikan sardin.
hari hendak melabuhkan tirainya. Kami pun singgah dulu di masjid Kuala Selangor untuk solat dan berehat sementara menunggu waktu malam. Selesai jer solat isyak singgah gerai makan malam dlu sambil melihat perlawanan akhir antara N.9 dengan kedah. Kedah kalah padam muka.Mesti bengang Mr Arip.hahaha..Air dah nak pasang ni. Kami pun terus bersiap sedia untuk memancing. Disini kami merakam sedikit gambar ketika memancing di atas jambatan tersebut.


Sekitar perjalanan di kawasan Ijok. Banjir besar ooo.abis tenggelam rumah diorang..kesian.


kelihatan orang-orang kg. bergotong royong membersihkan rumah.


jenis-jenis umpan yang digunakan.


kalau air surut umpan sikit pun tanak dijamahnya..sabar-sabar..


Sesi menunggu air pasang.


Doble troble..yeahh!


Duri adalah ikan paling bayak dinaikkan oleh Arip. Masak asam gulai pun sodap!


ikan gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri..dengar la nasihat Arip ini.


En Sham dengan Gelamaya..


alahai baby gelama pun angkut..


Dapat lg..Gelama yang menunggu sgt lama.heheh


Akulah juara ikan duri..hehehe


sekali turan double lagi da..dapat sekilo buat gulai sedap tu..


Separauh Hasil tangkapan kami..


Para pemancing haruslah menitik beratkan keselamatan. Kerana agak merbahaya juga memancing di atas jambatan ini. Mana tidaknya, lori, traler dan bas lalu sebelah jerk..kalau nak sentap ikan tu harus la berwaspada. Nak sentap ikan tu tengok dahulu kenderaan di belakang. Kalau tak kabbboommm!

Sekian Berita kami untuk GP.
Wasalam..

Memancing di tasik beku Rusia.

Written by Geliga Ent on Sunday, April 11, 2010 at 6:32 PM



Mari kita saksikan aksi-aksi menarik mereka yang sememangnya fenomena ini tiada di negara kita.





















TV3, BH promosi destinasi memancing untuk Pemancing Malaysia

Written by Geliga Ent on Wednesday, April 7, 2010 at 8:41 PM



Ekspedisi tiga hari berkonsep aktiviti kekeluargaan bawa kaki pancing terokai lubuk menarik


KUALA LUMPUR: Bagi mempromosikan pelancongan dalam negara terutama destinasi memancing, TV3 dengan kerjasama Unit Joran Berita Harian akan mengadakan ekspedisi tiga hari ‘Boat on The Road’ pada 7 Mei ini.

Kini dibuka untuk pendaftaran, ekspedisi itu dijangka menarik lebih 100 penyertaan, terutama pemilik kenderaan pacuan empat roda dengan tiga lokasi memancing menjadi pilihan.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, berkata ekspedisi itu berkonsepkan aktiviti keluarga dan peserta dilepaskan secara konvoi di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama ke destinasi cadangan seperti di Lumut dan Pulau Banding, Perak; Kuala Rompin, Pahang atau Kemaman di Terengganu. Bagaimanapun destinasi yang dipilih akan diumumkan tidak lama lagi.
“Peserta disyaratkan membawa (menarik) bot gentian kaca atau aluminium sendiri ke lokasi ditetapkan,” katanya pada sidang media di Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Produksi Majalah dan Dokumentari TV3, Zainal Ariffin Ismail; Pengarah dan Pengacara Jelajah Joran, Nasir Yusof; Pengurus Projek Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah dan Editor Lidah Pengarang Berita Harian, Mohd Kamal Ahmad.

Ahmad yang juga pengerusi program berkata, ekspedisi itu juga adalah sebagai tanda kerjasama antara TV3 dengan Berita Harian yang dikenali kerana kejayaan penganjuran acara tahunan pertandingan memancing, GP Joran.

Selain itu ekspedisi itu adalah untuk mempromosikan program terbaru terbitan TV3, Jelajah Joran yang bakal menemui penonton pertengahan bulan bulan depan.
Ahmad berkata, pada ekspedisi itu, penganjur mengamalkan dasar ‘siapa cepat dia dapat’ dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi Unit Joran Berita Harian atau melalui sisipan Joran setiap Sabtu atau Facebook di carian Joran.

Sementara itu, Nasir berkata, rancangan Jelajah Joran dipenuhi pelbagai maklumat aktiviti memancing serta mengajar penonton mengenai etika, panduan, produk terkini dan selok-belok memancing.

“Jelajah Joran yang disiarkan selama setengah jam memaparkan destinasi menarik seperti di Tasik Kenyir, Hutan Royal Belum dan perairan Laut China Selatan. Pada penghujung program disiarkan kaedah terkini memancing, kuiz berserta hadiah.

“Untuk menyertai kuiz, penonton perlu mendapatkan borang di sisipan Joran dan soalan yang diberikan berkisar mengenai sepanjang program berkenaan,” katanya.
Untuk maklumat mengenai ekspedisi itu, orang ramai boleh menghubungi Zainudin Ismail di talian 013-3310166 atau 03-22823131 (sambungan 4241/4242) dan Osman Lisut menerusi emel manjoran@yahooo.com atau 016-6359023.

Arkitel: Berita harian 2010/04/06

INFORMASI PEMIKIRAN ANDA

Written by Geliga Ent on Wednesday, March 31, 2010 at 6:46 PM



CERITA PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang

pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm.Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam

perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu

masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu,

semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan

nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil

berenang menuju ke pantai.




Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh
dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk
digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan ..

Haruan yang membuatku tak keruan!

Written by Geliga Ent on Wednesday, March 17, 2010 at 7:33 PM



Salam kepada komuniti Pemancing Malaysia..
semalam saya bersama group pancing seperjuangan iaitu Mr Jep pergi menyatakan hasrat untuk memancing haruan yang sememangnya kebelakangan ini asyik kumpau2 jerk. Kali ini saya memang bertuah. ikan tersebut telah meyambar umpan saya.memang tak keruan dibuatnya. Sekali naik bapak haruan daa.. anggaran sekilo sengah..memang syok woo...petang nanti saya akan mengajak kawan2 group pancing unuk meyertai bersama-sama..tunggu episod haruan pada esok hari..tak sabar nih..hehehe



Jaga-jaga mulut dier besar nih..kang dier terkam tangan den sia sia jerk..



Sekitar Port memancing haruan di tempat kami...sang haruan, petang ni kami repeat lagi..
sekian, wasalam..

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com