NEWS TRIP GROUPPANCING

Written by Geliga Ent on Thursday, January 28, 2010 at 1:05 AM

*Trip Harubiruan (haruan) Group Pancing
Tarikh: 30-01-2010 (Sabtu)
Masa: 7 pagi
Lokasi: Lokasi Rahsia Subang Area

Jenis Ikan: Haruan, Toman, Talapia

Ahli Groupancing
1.Ariff
2.Aizat
3.Kamal
4.Syam
5.Empty
6.
Empty
7.Empty

RM47,000 menanti kaki pancing

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai hampir RM47,000 menanti peserta pertandingan memancing Cabaran Tasik Ampang Hilir di sini, 10 Januari ini.

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai hampir RM47,000 menanti peserta pertandingan memancing Cabaran Tasik Ampang Hilir di sini, 10 Januari ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management menyediakan hadiah wang tunai RM20,000 untuk juara, kedua RM9,000, ketiga RM4,000 dan keempat RM1,000. Pemenang kelima menerima RM700, keenam RM400, ketujuh RM300, kelapan RM200 dan kesembilan hingga 20, masing-masing menerima RM100.

Turut ditawarkan juara bagi spesies terberat yang dipertandingkan iaitu arapaima (RM3,000), toman (RM150), belida (RM200), tilapia (RM100), jelawat (RM300), rohu (RM150), tongsan (RM100), kap rumput (RM200) dan kalui (RM150).

Penganjur turut menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah dan 400 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Sempena pertandingan itu, penganjur melepaskan hampir satu tan ikan patin dan rohu ke Tasik Ampang Hilir yang disempurnakan Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jani Md Kassim.

Md Zali berkata pertandingan memancing itu adalah kali pertama dianjurkan di Tasik Ampang Hilir yang dibuka semula oleh DBKL selepas kerja menaik taraf selesai dan dirasmikan pada pertengahan November lalu.

"Tasik ini memang dikenali di kalangan pemancing terutama penduduk sekitar Ampang. Kisah patin sebesar budak dan arapaima di tasik ini sering menjadi bualan," katanya.

Menurut Md Zali, kaunter pendaftaran akan mula dibuka di pesisiran tasik bermula jam 11 pagi, 9 Januari depan dan beroperasi 24 jam sehingga hari pertandingan.

Setiap pendaftaran dikenakan bayaran RM80 untuk satu joran. Peserta dibenarkan menanda kawasan memancing bermula jam 5 petang.

Pertanyaan mengenai pertandingan ini hubungi hubungi 013-3838655, 013- 6322137 dan 016-6123053.



lawak gler Si Pemancing

Written by Geliga Ent on Wednesday, January 6, 2010 at 12:28 AM

Kali ini group pancing nak buat lawak gler. Kita baca sama-sama untuk mengatasi tahap bosan gaban anda..hehe

Pada zaman dahulu, hiduplah seekor ikan Keli sepanjang 5 meter dan seberat 500 kg di sebatang sungai bernama Sungai Broadband. Ramai pemancing telah pergi ke Sungai Broadband untuk ber tarung dengan ikan Keli itu, yang mereka panggil, Perodua Keli. Lalu, pada satu hari, seorang budak bernama Awang Mentol telah turun dengan joran hikmatnya, Joran Ria. Lalu, Awang Mentol duduk memancing dan menuggu sehingga 3 hari. Umpan yang digunakan dibuat khas oleh Edaran Tan Chong Motor yang digelar, Nissan Sunny.

Setelah 3 hari, Awang Mentol di datangi seorang gadis bernama, Minah Tudung yang datang bersama rakannya, Sabariah Tukang Kasut. Mereka ditolak oleh Awang Mentol ke dalam sungai dan mati. 5 hari kemudian, Pak Mat Tempe pula ditolak ke dalam sungai setelah dihadiahkan German Suplex. Seminggu kemudian, Encik Batista dicampak ke dalam sungai setelah beliau di hempap oleh kontena Biskut Meri oleh Awang Mentol.

Setelah sebulan, mayat seluruh ahli pasukan Liverpool di tolak ke dalam sungai setelah mereka kalah dalam perlawanan guli dengan Awang Mentol. Awang Mentol terus menunggu hingga pada satu hari, Tom Cruise di tendang masuk ke dalam sungai dan mati setelah beliau tertawa melihat rupa Awang Mentol yang seiras dengan Telletubbies.

Perodua Keli akhirnya berjaya ditangkap oleh Awang Mentol setelah Perodua Keli mati tersepit di celah-celah mayat yang dibuang oleh Awang Mentol.


Pembuka Tirai 2010 di Tasik Titiwangsa

Written by Geliga Ent on Wednesday, December 23, 2009 at 6:21 PM



KUALA LUMPUR: Peserta pertandingan memancing Pembuka Tirai 2010 di Tasik Titiwangsa, 3 Januari ini dinasihatkan supaya mematuhi syarat dan peraturan bagi mengelakkan penyertaan mereka dibatalkan penganjur.

Pengarah Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah, berkata di antara kesalahan yang dikesan pada kebanyakan pertandingan ialah peserta menggunakan joran lebih daripada satu atau joran tidak bertanda. Pengarah Projek Khas Berita Harian, Mizal Muhamad Hasbullah, berkata di antara kesalahan yang dikesan pada perlawanan kebanyakan peserta ialah joran Menggunakan satu atau lebih daripada joran tidak ditanda.

KUALA LUMPUR: Peserta pertandingan memancing Pembuka Tirai 2010 di Tasik Titiwangsa, 3 Januari ini dinasihatkan supaya mematuhi syarat dan peraturan bagi mengelakkan penyertaan mereka dibatalkan penganjur. KUALA LUMPUR: Peserta pertandingan memancing Pembuka Tirai 2010 di Tasik Titiwangsa, 3 Januari ini dinasihatkan supaya mematuhi syarat dan peraturan bagi mengelakkan penyertaan mereka dibatalkan penganjur.

Pengarah Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah, berkata di antara kesalahan yang dikesan pada kebanyakan pertandingan ialah peserta menggunakan joran lebih daripada satu atau joran tidak bertanda. Pengarah Projek Khas Berita Harian, Mizal Muhamad Hasbullah, berkata di antara kesalahan yang dikesan pada perlawanan kebanyakan peserta ialah joran Menggunakan satu atau lebih daripada joran tidak ditanda.

“Lebih 30 petugas Joran dan marsyal bermotosikal akan mengawasi pertandingan yang bermula jam 8 pagi hingga 1 petang itu. "Lebih 30 Petugas Joran dan marsyal bermotosikal yang akan mengawasi perlawanan Bermula jam 8 pagi hingga 1 petang itu. Mereka akan memeriksa setiap joran peserta dan jika didapati tidak menampal pelekat pertandingan, penyertaan peserta terbabit akan dibatalkan. Mereka akan Menyemak setiap peserta dan joran Jika didapati tidak menampal pelekat perlawanan, penyertaan peserta terbabit akan dibatalkan. Begitu juga, peserta juga dilarang berkongsi joran,”katanya. Begitu juga, peserta juga dilarang berkongsi joran, "katanya.


Mengenai tangkapan yang diperoleh joran yang tidak mempunyai pelekat pertandingan, Muhamad Mizal menegaskan, ia dianggap tidak sah. Tentang tangkapan yang diperolehi joran pelekat yang tidak mempunyai perlawanan, Mizal Muhamad menegaskan, beliau Dianggap tidak Sah.

“Bagi tangkapan yang mata kailnya terkena pada badan ikan (tidak dalam mulut), tangkapan berkenaan juga tidak akan dikira. "Bagi tangkapan yang Terkena mata kailnya pada badan ikan (tidak dalam mulut), tangkapan juga tidak berkenaan akan dikira. Bagi mengelakkan penipuan, peserta yang memperoleh tangkapan perlu menyerahkan ikan berkenaan bersama joran masing-masing kepada marsyal bertugas. Bagi mengelakkan penipuan, peserta yang Memperoleh tangkapan ikan berkenaan perlu menyerahkan joran bersama masing-masing kepada marsyal bertugas.

“Selain itu, penggunaan pelampung, mata tiga, umpan tiruan dan organ haiwan adalah dilarang sama sekali sepanjang pertandingan berkenaan,” katanya. "Selain itu, penggunaan Pelampung, mata tiga, umpan tiruan dan organ haiwan adalah sama sekali dilarang Balinese perlawanan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, peserta juga tidak dibenarkan memancang atau merentang tali di sekeliling tasik sebelum jam 7 pagi. Beliau berkata, peserta juga tidak dibenarkan mengurung atau merentang tali di sekeliling tasik sebelum jam 7 pagi.

Pembuka Tirai 2010 menawarkan hadiah keseluruhan RM25,750 dengan menyaksikan juara bakal meraih wang tunai RM12,000; kedua RM4,000; ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000. Pembuka Tirai menawarkan hadiah 2010 keseluruhan RM25, 750 dengan bakal meraih juara menyaksikan wang tunai RM12, 000; kedua RM4, 000; ketiga RM2, 000 dan keempat RM1, 000. Pemenang turut layak membawa pulang hadiah iringan. Pemenang layak turut membawa pulang hadiah iringan.

Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai bagi 10 spesies dan spesies khas keli. Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai bagi 10 spesies dan spesies khas Keli. Antara spesies yang dipertandingkan ialah toman, pacu, ketutu, patin, belida, jelawat, haruan, ikan raja, tilapia dan tongsan (kategori ini hadiah sapu bersih). Antara spesis yang dipertandingkan ialah toman, Pacu, Ketutu, patin, Belida, jelawat, haruan, ikan raja, nila dan tongsan (sub-kategori ini hadiah sapu bersih).

Yuran penyertaan RM70 satu joran dan penganjur menyediakan 800 baju T bercetak khas pertandingan. Yuran penyertaan RM70 satu joran dan penganjur menyediakan baju T 800 perlawanan bercetak khas.

Orang ramai boleh mendaftar di Unit Joran Berita Harian menggunakan borang rasmi pertandingan. Orang ramai boleh mendaftar di Unit Joran Berita Harian Borang Rasmi Menggunakan perlawanan.

Maklumat lanjut hubungi 0322822323 sambungan 4240/4241/4242, Umbai 013 3310166. Maklumat lanjut hubungi 0322822323 sambungan 4240/4241/4242, Umbai 013 3310166.

Sumber Berita Harian

TERNAKAN IKAN KELI (part2)

Written by Geliga Ent on Tuesday, November 24, 2009 at 6:03 PM


Salam Aidil Adha Kepada Komuniti Pemancing Malaysia. Mungkin pada cuti raya ini anda menghabiskan masa bersama sanak dan saudara. Mungkin juga hari cuti ini anda mengambil kesempatan untuk pergi memancing tak kira lah di sungai lombong ataupun dilaut. Anda diharapkan berhati-hati ketika memancing. Al maklum lah musin hujan kan.keselamatan harus di utamakan.
Disini Group pancing ingin menceritakan serba sedikit tentang Hobi membela ikan Keli.
Moh kita Menjengok Ikan Keli Peliharaan saya dibelakang rumah.


Dulu Kolam ini digunakan untuk membela ikan-ikan peliharaan seperti ikan emas dan Koi. Tapi asyik beli ikan pastu mati. Sudah sekarang ini dah 7 kali saya beli ikan semuanya KO. hehe.Ah tak kisah lah kerana minat saya membela ikan ini terlalu mendalam, tak heran la kalau mati boleh beli dan bela lagi. Dulu cantik Kolam ni. Tapi dan lama terbengkalai dan buat tempat nyamuk bertelor aje. Justeru, untuk mengelakkan nyamuk eadis atau chikunkunya, Saya fikir lebih elok membela ikan yang mudah hidup tak tidak perlu menggunakan mesin Oksigen. Saya check kat mudah.my, Search punya search dapat satu buyer ni. Jadi aku pun tepon En Fadil (Selayangroup Owner). Rupe-rupanya tempat penternakan ikan keli dekat je rumah saya. Jadi saya pun terus beli dalam 200 ekor ikan keli bersaiz 3 - 4 inchi.
(segala pertanyaan dan pembelian sila telepon En fadhil Selayanggroup)


Ha tengok tu Dah besor-besor ikan keli ni. dalam 2 minggu lg buleh goreng ni.
Pembesaran ikan keli bergantung dengan pemberian makanan(pallet)
sehari 2 kali pun dah cukup.


Saya tak jual keli nie Cuma bela untuk suka-suka. Kalau kat rumah makanan takde. Senang je caranya, ambil penyauk ikan, pastu sauk 2, 3 ekor, siang pastu goreng..senang bukan ..hehhe


Sesi pembersihan kolam dibantu oleh ayah saya. Kalau buat sorang2 pun penat jugak.


Kandungan air juga perlu dijaga. Ia juga bergantung dengan faktor-fakor kesedapan ikan keli.

Ternakan ikan Keli

Written by Geliga Ent on Sunday, November 22, 2009 at 6:40 PM


Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.

Tip dan Keadah Pancingan Tenggiri.

Written by Geliga Ent on Thursday, November 19, 2009 at 8:09 PM






Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.

Arus mati.

Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.

Arus perlahan.

Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.

Arus deras.

Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.

Hook Up:

hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.

tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.

spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.

spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.

spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.

spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.

spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.

keadah untuk spot 1:

semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.

keadah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.

keadah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.

keadah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.

keadah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.

Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.

Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)


teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.
1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.
2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.

Terima Kasih.

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com