Trip pulau jarak 2011

Written by Geliga Ent on Wednesday, May 4, 2011 at 9:45 PM

Trip Pulau Jarak adalah trip Sesi kedua ini dianjurkan oleh E wak dari pancing.net. Seramai 12 orang yang meyertai trip ini. Trip yang dirancang 4 bulan telah berjaya dianjurkan. Misi dan target trip ini diklasifikasikan sebagai berjaya. Terdahulu trip yang pertama agak kumpau dan hasil yang diperoleh agak mengecewakan. Tetapi trip kali ini yang disertai dari sahabat grouppancing dan mymancing seolah-olah mendapat tuah dan rejeki yang melimpah ruah dari Allah. Pada pukul 4 pagi awalnya iaitu sebelum subuh saya naz dan abg jamal bersiap sedia dengan kelengkapan masing masing. Pacuan empat roda memecut laju menuju ke destinasi iaitu ke Sg. Besar Kuala Selangor. Tepat subuh berkumandang, kami mendirikan solat subuh di masjid Sungai Besar. Selesai, kami terus sampai kelokasi iaitu check point di petronas Sg. Besar (perjumpaan semua peserta). Apabila semua ahli telah sampai kami semua mengadakan sesi suai kenal dan bersalaman diantara satu sama lain. Selepas itu kami sempat bersarapan beramai-ramai yang dibiayai sepenuhnya oleh penganjur. sememangnya perlu untuk mengisi perut dan berterima kasih kepada yang sudi belanja sarapan. Setelah sampai kami terus bergegas menuju ke jeti untuk menunggu kapal yang disewa untuk ke laut dalam. Semua peserta mengumpul barang-barang masing-masing. Tidak lupa juga umpan yang dibeli dipasar segar seperti sotong, ikan kembong, udang serta sotong kurita yang hidup. Tidak lupa juga kelengkapan untuk memasak dibekalkan mengikuti jadual makan yang dibuat. Sementara menunggu kapal sampai, kami sempat membuat pengundian tempat untuk memancing supaya tidak ada orang yang tidak berpuas hati dengan posisi memancing meraka.
Hari pertama Dengan senjata mesin bangle aotomatik dan manual beserta batu ladung yang bersaiz 15 hingga 24, sememangnya rejeki yang baik,ikan merah serta gerut-gerut dan senangin dengan anggaran saiz kasar iaitu 1 hingga 3 kilo sudi menjamah umpan sotong dan hirisan ikan kembong. Semestinya ikan yang wajib dinaikkan iaitu Moron(ikan duri) menjadi pengacau dan hiburan pada kami mana taknya yang dapat dinaikkan juga amat besar juga.layan jerk la.Angkut aje bawak balik rumah masak asam pedas pun best. Pada malamnya, agak suram,akan tetapi sebuah rod bergetar kuat, apabila dinaiikan iaitu ikan kurau seberat 3 kilo dapat dinaikkan.dengan anggaran sebanyak 7 ekor dapat di naiikan.Alhamdulillah. Pelbagai Spesis ikan dapat dinaikkan sepertiikan gelama, Yu bodoh,Ebek, dan Paling banyak adalah ikan Gerut-gerut. Pada hari Ketiga iaitu Selepas subuh, tekong membawa kami kesebuah lokasi iaitu port sampah.Berhenti sahaja bot.semua sahabat dengan pantas,menghulurkan joran masing-masing secara layang iaitu tidak menggunakan batu ladum.tak sampai seminit ikan yang dicari iaitu pecah periuk dapat dinaikkan.Memang seronok aksi dan sentapan ikan tersebut. Ikan pecah periuk satu keluarga dengan ikan siakap. Tetapi ikan seakan-akan seperti ikan tilapia dilombong. Sahabat GP semua mengasingkan ikan yang diperoleh dan dimasukkan kedalam kotak freeze untuk menunggu sementara pulang ke jeti. Tepat pada pukul 1 tengahari.kami pun selamat sampai ke jeti dan membawa hasil yang diperoleh,kemudian semua hasil tersebut diagih-agihkan kepada semua peserta.Trip kami ini dianggarkan Berjaya, dan kami harap akan mengulangi semula trip pulau jarak pada masa akan datang. Suatu pengalaman yang hebat dan menarik. Sekian dari GP.Wassallam.


Ikan Gerut-gerut paling banyak yang kami perolehi.

Ikan yu yang berjaya dinaikkan di waktu senja



Abg Jem menunjukkan bagaimana untuk membuat perambut yang panjangnya 4 depa


Naz dengan aksinya bergasak dengan ikan dengan hanya menggunakan spinning sahaja..bergetar lutut woo..haha






Ikan Gerut bersaiz 1 kilo keatas sememangnya dapat memberi kepuasan untuk memancing




Ini gerut yang boleh diklasifikasikan yang terbesar.


Cotai dengan Semangin yang diperoleh. Perghtt! memang sedap buat masak gulai..




Mr bob Dengan Ikan Merah Gred A.Spesis ikan mahal tu..





Tekong kerjanya tido saje.tapi kalau orang dah tak dapat ikan dier sentiasa berpindah untuk mencari lubuk yang sesuai dan banyak ikan..









laut yang terbentang luas ciptaan tuhan yang maha esa




panas terik pun pancing.janji layannn

Ini dia lakaran posisi tempat di atas bot



Sesi pengundian tempat dibuat untuk peserta





Inilah hasil kami!






Ikan yang dibawa pulang dilongokkan untuk dibahagikan setiap peserta













Sakan abis amik pic bersama ikan Kurau.hehe




Ikan duri pun angkut.buat masak asam pedas.


Ini Box penuh dengan ikan merah..kalau jual mau dapat 3 ratuss lebih nie




ikan yang diperoleh dimasukkan kedalam box supaya tak busuk nt bawak ke jeti







Sebahagian Pecah Periukyang berjaya dinaikkan



Persediaan Ke Trip Pulau Jarak

Written by Geliga Ent on Tuesday, April 19, 2011 at 7:25 PM







Hari dah nak dekat ni.Sabtu 23 hb april 2011.
Gp dan sahabat tidak sabar untuk ke pulau jarak. Meskipun kos peralatan yang lebih kurang mahalnya. Tidak mematahkan semangat kerana disana mungkin ikan yang besar-besar yang pasti akan dinaikkan.
serba sedikit peralatan yang perlu dibawa untuk memantapkan skill pemancingan disana diantaranya seperti:

- bangla @ multiplier manual
- mainline sekurang 60lb @ 200meter
- rod 30-60lb
- perambut 60-100lb
- mata pancing no. 2 - 6
- tanduk sekurang2 8-12" panjang
- spinning utk candat sotong
- candat yamashita @ yashita
- ladung 14-24 @ 520 - 820


Kepada semua peminat kaki pancing, kedai Kepong Tackle alah paling sesuai untuk membeli belah peralatan memancing anda. Harga yang murah dan berpatutan.
Mari kita nantikan ulasan penuh artikal dan gambar serta aksi pemancing trip pulau Jarak pada minggu depan. Sekian dari GP.Wassalam

Pertandingan/ Jackpot Memancing Ikan Keli Afrika

Written by Geliga Ent on Tuesday, March 15, 2011 at 8:21 AM




Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Lama dah GP tak Tulis artical kan.Kali ini GP nak ceritakan Serba sedikit tentang pertandingan memancing atau pun jackpot. Baru-baru ini GP telah singgah di Johor Untuk menghadiri Majlis perkahwinan di tempat kelahiran MAWI AF iaitu di Felda Taib Andak.
Dikawasan tersebut ada terletaknya sebuah Kolam memancig ikan. Sememangnya kolam tersebut mempunya ramai pengunjung yang tersendiri dan lokasi yang strategik. Specialnya kolam ini hanya untuk pertandingan/jackpot sahaja. Bagi yang pemancing tegar untuk memancing suka-suka tidak dibenarkan sama sekali. Spesis yang ada di kolam ini hanyalah ikan keli afrika sahaja. Ikan keli seberat 1 kilo keatas sahaja yang mendiami kolam tersebut. Majoriti ikan yang dinaikkan oleh pemancing seberat 2 kilo seatas. Cuba anda bayangkan ikan keli sebesar ini melayan pancing anda. Memang tak senang duduk anda dibuatnya. Walaupun ikan keli mudah untuk didaratkan oleh pemancing, tetapi sentapannya sememangnya kuat dan berat. Kalau anda tak percaya pergi la memancing di kolam tersebut untuk merasainya. Menurut orang kampung di Johor, pertandingan memancing ikan jenis keli afrika telah lama beroperasi di sana. Cuma kita sahaja yang jarang mendengar pertandingan seperti ikan keli sahaja. Selalunya pendaftaran bagi 1 joran adalah sebanyak RM 35-hingga RM 40 ataupun mengikut Jackpot yang diberikan. Duit peserta akan dikumpulkan dan akan diberikan kepada pemenang bagi ikan yang terberat. Untuk pengatahuan anda suku pada yang dikumpulkan akan diambil oleh pihak penganjur. Cara pertandingan/ jackpot ini seakan akan kutu-kutu jugak. Kalau ada yang tidak bernasib baik(tak dapat ikan) ataupun kumpau-kumpau, duit mereka sama sekali burn. adat pertandingan la kan. Ini seba sedikit yang dapat GP kongsikan pada semua. Sekian terima kasih. Wassallam.

















po



Penemuan haiwan baru dan pelik di Antartica

Written by Geliga Ent on Thursday, January 20, 2011 at 5:30 AM

Sebuah survey besar-besaran kehidupan laut Antartika dilakukan semula pada tahun 2008 oleh saintis di seluruh dunia. New Zealand, AOS Nasional Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera memainkan peranan dalam tinjauan ini. Mereka dan penyelidik yang lain yang mengumpulkan makhluk hidupan laut sebanyak 30.000, baru untuk ilmu pengetahuan, bancian 35 hari di perairan Antartika pada bulan Februari dan Mac. Survey besar-besaran adalah sebahagian daripada Kutub Antarabangsa dan Banci Antartika Life program Marine, yang mempelajari kepelbagaian kehidupan laut Antartika. banyak spesies baru ditemui, sebelum ini ia tidak diketahui oleh manusia,

http://farm5.static.flickr.com/4122/4754311994_8a432f40cd.jpg

Makhluk ini 19 inci panjang mungkin berkulit atau laut muncrat, kata para saintis. Haiwan ini misteri ditemui terapung 7218 meter di bawah paras air di Laut Ross Antartika dari selatan.

http://farm5.static.flickr.com/4093/4754312064_4f6180f944.jpg

Hal ini, saintis mengatakan, 9,8 inci labah-labah laut yang panjang didapati di rak Laut Ross di Antartika selatan. Suhu sejuk, beberapa predator, dan tingginya tingkat oksigen di dalam air laut dapat menjelaskan saiz gergasi mereka, Don Robertson dari New Zealand, AOS Nasional Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera mengatakan kepada Associated Press.

http://farm5.static.flickr.com/4093/4753670651_4a28949432.jpg

dikenali sebagai Octopus Antartika dan ia ditandakan sebagai spesies sotong ke-18 yang pernah ditemui. kurita ini ditemui di kedalaman 3280 kaki.


http://farm5.static.flickr.com/4135/4753670715_c535a6eab7.jpg

dikenali sebagai Octopus Antartika dan ia ditandakan sebagai spesies sotong ke-18 yang pernah ditemui. kurita ini ditemui di kedalaman 3280 kaki.

http://farm5.static.flickr.com/4095/4753670789_5bb34083df.jpg

Ini adalah spesies yang terbaru. berkukur 2.5 inch dan sampai 39 inci panjangnya.


http://farm5.static.flickr.com/4116/4753670867_0658c66e5c.jpg

Ia dipanggil stareater, juga mendapati pada tahun 2008. Ikan ini memiliki kulit yang sangat lembut yang rosak oleh bersih (lihat pic di bawah). Ikan menghasilkan cahaya merah dan memikat mangsanya ke arah itu. Setelah mangsanya di kejauhan mencolok,, gigi tajam seperti jarum dan melengkung tidak memberikan kesempatan kedua untuk itu. Ikan milik Stomiidae keluarga dan tumbuh sampai saiz 8.3 inci.

http://farm5.static.flickr.com/4138/4754312490_93a195a5da.jpg

Ini adalah jenis baru daggertooth, dan menurut saintis daggertooth selatan pernah ditemui. Ikan memiliki mata biru safir bersama-sama dengan mulut mengandungi gigi melengkung panjang untuk melumpuhkan mangsa, klem bawah dan menarik kembali untuk merobek melalui dan melumpuhkan mangsa, AOS tulang belakang.

http://farm5.static.flickr.com/4120/4754312594_d7b2957a2a.jpg

Spesies ini disebut Amphipod dan pertama kali ditemui pada tahun 2004 oleh kapal penyelidikan Antartika Tangaroa. krustasea ini seperti udang dan dikumpulkan dari kedalaman 985 meter dari lokasi yang sama pada tahun 2008.

http://farm5.static.flickr.com/4074/4754312680_088f5a993f.jpg

Ini adalah logam baru babi laut; dinyatakan sebagai genus teripang (holothurians). Teripang adalah sebahagian daripada kumpulan haiwan laut yang mendiami dasar laut, termasuk bintang laut,siput laut, karang, kima, spons, dan landak.


http://farm5.static.flickr.com/4080/4754312782_8b97f3b294.jpg


kamera High-powered memotret bintang laut atau bintang laut dari genus Labediaster (kiri bawah) dikelilingi oleh bintang mengular pada 492 kaki gunung bawah laut (150 meter) di bawah paras Antartika, AOS Laut Ross.


Source: National Geographic

Ice Fishing Festival di Korea

Written by Geliga Ent on Saturday, January 8, 2011 at 10:46 AM



Sangat menakjubkan di negara Korea kerana dapat menganjurkan pesta memancing di ais. Dengan berpuluh ribu orang meyertainya.


Ini dia pesta memancing yang sungguh ramai meyertainya.bayangkan la beribu orang.dan berpuluh ribu pula anggaran hasil yang diperolehi.


Permandangan ikan di bawah ais. seperti kita melihat ikan di dalam aquarium.tak beku ke ikan tu??


Jangan dekat sangat.nanti tiba-tiba ikan melompat dan terus mengigit batang idung anda.haha


Bagaikan suatu pesta yang jarang dilakukan oleh rakyat didunia..sungguh menakjubkan.


Ikan ini ingin meyelamatkan dirinya dan memcari-cari lobang untuk masuk semula ke dalam air


ikan ini seakan-akan seperti ikan parang/ ikan salmon..


Orang ramai berpusu pusu untuk memancing jgn retak ais ni udah la.habis semua orang lemas..


Ha.. jolok jgn tak jolok.tunggu ler sampai ikan makan umpan.




Ganas juga ikan ini. Sempat juga beliau mengigit si pemancing cilik ini.nasib baik gigit baju kalau gigit hidung mau kopak hidung tu.


Pakcik ini gembira mendapat ikan yg banyak.masak sop pun sodap kata beliau..Sekian Selamat Tahun Baru 2011 Dari GP. Wassalam

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com