Trip pulau jarak 2011

Written by Geliga Ent on Wednesday, May 4, 2011 at 9:45 PM

Trip Pulau Jarak adalah trip Sesi kedua ini dianjurkan oleh E wak dari pancing.net. Seramai 12 orang yang meyertai trip ini. Trip yang dirancang 4 bulan telah berjaya dianjurkan. Misi dan target trip ini diklasifikasikan sebagai berjaya. Terdahulu trip yang pertama agak kumpau dan hasil yang diperoleh agak mengecewakan. Tetapi trip kali ini yang disertai dari sahabat grouppancing dan mymancing seolah-olah mendapat tuah dan rejeki yang melimpah ruah dari Allah. Pada pukul 4 pagi awalnya iaitu sebelum subuh saya naz dan abg jamal bersiap sedia dengan kelengkapan masing masing. Pacuan empat roda memecut laju menuju ke destinasi iaitu ke Sg. Besar Kuala Selangor. Tepat subuh berkumandang, kami mendirikan solat subuh di masjid Sungai Besar. Selesai, kami terus sampai kelokasi iaitu check point di petronas Sg. Besar (perjumpaan semua peserta). Apabila semua ahli telah sampai kami semua mengadakan sesi suai kenal dan bersalaman diantara satu sama lain. Selepas itu kami sempat bersarapan beramai-ramai yang dibiayai sepenuhnya oleh penganjur. sememangnya perlu untuk mengisi perut dan berterima kasih kepada yang sudi belanja sarapan. Setelah sampai kami terus bergegas menuju ke jeti untuk menunggu kapal yang disewa untuk ke laut dalam. Semua peserta mengumpul barang-barang masing-masing. Tidak lupa juga umpan yang dibeli dipasar segar seperti sotong, ikan kembong, udang serta sotong kurita yang hidup. Tidak lupa juga kelengkapan untuk memasak dibekalkan mengikuti jadual makan yang dibuat. Sementara menunggu kapal sampai, kami sempat membuat pengundian tempat untuk memancing supaya tidak ada orang yang tidak berpuas hati dengan posisi memancing meraka.
Hari pertama Dengan senjata mesin bangle aotomatik dan manual beserta batu ladung yang bersaiz 15 hingga 24, sememangnya rejeki yang baik,ikan merah serta gerut-gerut dan senangin dengan anggaran saiz kasar iaitu 1 hingga 3 kilo sudi menjamah umpan sotong dan hirisan ikan kembong. Semestinya ikan yang wajib dinaikkan iaitu Moron(ikan duri) menjadi pengacau dan hiburan pada kami mana taknya yang dapat dinaikkan juga amat besar juga.layan jerk la.Angkut aje bawak balik rumah masak asam pedas pun best. Pada malamnya, agak suram,akan tetapi sebuah rod bergetar kuat, apabila dinaiikan iaitu ikan kurau seberat 3 kilo dapat dinaikkan.dengan anggaran sebanyak 7 ekor dapat di naiikan.Alhamdulillah. Pelbagai Spesis ikan dapat dinaikkan sepertiikan gelama, Yu bodoh,Ebek, dan Paling banyak adalah ikan Gerut-gerut. Pada hari Ketiga iaitu Selepas subuh, tekong membawa kami kesebuah lokasi iaitu port sampah.Berhenti sahaja bot.semua sahabat dengan pantas,menghulurkan joran masing-masing secara layang iaitu tidak menggunakan batu ladum.tak sampai seminit ikan yang dicari iaitu pecah periuk dapat dinaikkan.Memang seronok aksi dan sentapan ikan tersebut. Ikan pecah periuk satu keluarga dengan ikan siakap. Tetapi ikan seakan-akan seperti ikan tilapia dilombong. Sahabat GP semua mengasingkan ikan yang diperoleh dan dimasukkan kedalam kotak freeze untuk menunggu sementara pulang ke jeti. Tepat pada pukul 1 tengahari.kami pun selamat sampai ke jeti dan membawa hasil yang diperoleh,kemudian semua hasil tersebut diagih-agihkan kepada semua peserta.Trip kami ini dianggarkan Berjaya, dan kami harap akan mengulangi semula trip pulau jarak pada masa akan datang. Suatu pengalaman yang hebat dan menarik. Sekian dari GP.Wassallam.


Ikan Gerut-gerut paling banyak yang kami perolehi.

Ikan yu yang berjaya dinaikkan di waktu senja



Abg Jem menunjukkan bagaimana untuk membuat perambut yang panjangnya 4 depa


Naz dengan aksinya bergasak dengan ikan dengan hanya menggunakan spinning sahaja..bergetar lutut woo..haha






Ikan Gerut bersaiz 1 kilo keatas sememangnya dapat memberi kepuasan untuk memancing




Ini gerut yang boleh diklasifikasikan yang terbesar.


Cotai dengan Semangin yang diperoleh. Perghtt! memang sedap buat masak gulai..




Mr bob Dengan Ikan Merah Gred A.Spesis ikan mahal tu..





Tekong kerjanya tido saje.tapi kalau orang dah tak dapat ikan dier sentiasa berpindah untuk mencari lubuk yang sesuai dan banyak ikan..









laut yang terbentang luas ciptaan tuhan yang maha esa




panas terik pun pancing.janji layannn

Ini dia lakaran posisi tempat di atas bot



Sesi pengundian tempat dibuat untuk peserta





Inilah hasil kami!






Ikan yang dibawa pulang dilongokkan untuk dibahagikan setiap peserta













Sakan abis amik pic bersama ikan Kurau.hehe




Ikan duri pun angkut.buat masak asam pedas.


Ini Box penuh dengan ikan merah..kalau jual mau dapat 3 ratuss lebih nie




ikan yang diperoleh dimasukkan kedalam box supaya tak busuk nt bawak ke jeti







Sebahagian Pecah Periukyang berjaya dinaikkan



0 Responses to "Trip pulau jarak 2011"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com