Salam Aidilfitri 1431 H Kepada Semua Pemancing Malaysia
0
comments
Categories:
Salam Aidilfitri 1431 H
Share this post - Email This
i
Trip Memancing Penghujung Ramadhan
disini GP mengelaskan kolam ini Gred B. iaitu bagus! memang tidak diduga ikan yang mendiami kolam tersebut sememangnya besar2 belaka. kene dengan adunan dedak/ gamdum dan pallet berserta tepong boom..pasti ia memakan umpan anda.akan tetapi kerana dedak yang kami bawa tidak power adunannya, target GP dan Mymancing hanyalah ikan pacu. .Kerana ikan ini memang dikategori ikan yang mudah untuk didaratkan.
Kelihatan Kay termenung jauh Dalam hatinya tengah menjampi serapah kot. Atau mungkin juga beliau tension kerana tali pancingnya putus diragut oleh ikan tongsan yang rakus. Hehe
Suasa malam di Kolam pancing tasik kundang. Seolah-olah kita berada di kelong di tengah lautan..
En kay Dengan hasil Tangkapan Beliau yang Sememangnya berbaloi untuk Bersahur bersama keluarganya.
Inilah satu satunya umpan yang paling mujarab. Nasihat dari GP, umpan sebegini adalah menjadi kewajipan untuk memancing di kolam bayar..Insyaallah anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.AWAS!! sekiranya tokey kolam melarang umpan ini jangan la dibawa ye. sekian dari GP, Selamat berpuasa dan memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir ini. Wassalam.
0
comments
Categories:
Trip Memancing Penghujung Ramadhan
Share this post - Email This
i
TOP #10 -IKAN YANG MENGERIKAN DI DUNIA
untuk mengisi masa lapang, GP mengajak anda semua melihat Kekuasaan Allah SWT yang menakjubkan yang menciptakan sekalian alam dimuka bumi ini.
-fakta ini adalah undian daripada pendapat di majalah kehidupan marin.
bermula dari tempat kesepuluh.
Pada posisi kesepuluh: ikan Gigi
Pada kedudukan kesembilan: Ikan Mola-Mola atau dikenali Ocean Sun Fish

Di tempat kelapan: Rami Grenadiers (bom tangan) atau rattails
Ikan ini rupanya seolah olah sedang melancarkan bom. Ikan ini terletak jauh di belakang kutub utara dan selatan ..Di tempat ketujuh: Ikan Belut Gulper Eel
Makanan ialah ikan kecil atau udang. kadangkala mangsa buruanya akan terlepas kerana rahangnya kecil dan sempit. Namun, ikan ini boleh menelan dengan banyak kerana mempunyai perut yang besar ..Di tempat keenam: ikan Hook atau drill Angler fish
Melihat kepalanya seperti badak, Dan bentuknya sangat menakutkan ..Di tempat kelima: Ikan Batu
ikan yang mempunyai tulang belakang dan mempunyai racun pembunuh. Salah satu jenis yang paling berbahaya dari racun ikan di dunia ..Di tempat keempat: Ikan Serigala Wolf Eel, ocellatus Anarrhichthys
Saiznya adalah hingga dua meter panjang Dan berat 18 kg dan sebahagian besar berada di lautan PasifikDi tempat ketiga: Ikan Oonjunoc Longnose Chimaer
Ikan ini mempunyai kelebihan iaitu dapat memilih pemangsa serta dapat berjalan secara merangkak ..Di tempat kedua: Ikan Lampu

Selamat menimba ilmu tentang ikan. Sekian dari GP.Wassalam
0
comments
Categories:
TOP #10 -IKAN YANG MENGERIKAN DI DUNIA
Share this post - Email This
i
Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson!!
TELUK KEMANG - Memang benar ada buaya di Port Dickson!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.
Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan seekor buaya tembaga yang telah
mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson.
Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.
Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.
Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.
''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.
Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.
Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.
''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.
Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.
''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.
Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.
''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.
0
comments
Categories:
Buaya Tembaga Port Dickson
Share this post - Email This
i
PERTANDINGAN MEMANCING JORAN MERDEKA
DI TAMAN TASIK TITIWANGSA
GP sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan group pancing sekalian.
GP tidak meyertai Pertandingan ini, cuma hanya 2 orang rakan GP yang meyertainya. Pertandingan start pukul 8 tapi GP hadir pukul 12. Hehe macamana nak join kan.
Tahniah kepada peserta yang memenangi pertandingan tersebut.
Ikan yang paling berat dipamerkan pada khemah utama iaitu spesis seperti Toman, Tongsan, Patin dan Rohu.
Toman ini adalah yang paling besar dengan beratnya 7.59 kg. Memang besar dan amat mengerunkan kerana warnanya hitam legam macam orang negro.hhehe
Patin yang paling berat mendapat tempat yang pertama dan membawa pulang RM 20 ribu. Yeah pakcik kayo!!!
Sekitar dikawasan Taman Tasik Titiwangsa
Keli afrika yang terberat menjapat jackpot bernilai RM 2 ribu. Last minit dapat dinaikkan. Memang rejeki ler..
Ikan Rohu yang sebelah kanan skali tu disingkirkan dari pertandingan kerana dinaikkan sebelum pertandingan .kesian orang tu.takpe bro skali naik ikan paus sape tau kan.hahah!~
hadiah yang terkumpulan adalah Sebanyak RM 50 ribu.
Sekian dari GP.Wassalam.
0
comments
Categories:
PERTANDINGAN MEMANCING JORAN MERDEKA
Share this post - Email This
i
Trip Melayan Big Talapia di PPR KG. Batu
Salam Kepada Semua Komuniti Group Pancing. Dah lama GP tak g memancing bersama sahabat GP. Kali ini GP melepaskan gian untuk memancing ikan talapia.Kawasan yang menjadi tumpuan adalah di PPR Kg. Batu. Air sungai yang mengalir laju dan tahap neutral dan kandungan PH air yg tidak terlalu kotor mempunyai habitat didalam air yang semakin hari semakin banyak walaupun sudah ramai orang memancing, menjala, menjaring kecuali MENGEBOM. Disana menurut akta undang-undang pemancing Kg.Batu dalan enakmen 5 muka surat 109 segala jenis cara pemancingan selain mengunakan joran adalah dilarang sama sekali. Denda maksima RM 500 atau kerja amal membersih tandas PPR selama sebulan. Kata salah seorang penduduk tinggal berhampiran di flet PPR. GP difahamkan bukan setakat ikan talapia sahaja yang menghuni sungai tersebut, ada juga habitat lain seperti ikan keli, belot, ikan jaw(bandaraya), ikan liko, ikan haruan dan ikan toman yang besar saiz peha anda(Tempat-tempat tertentu).
Percaya atau tidak? kalau ingin kepastian dan kebenaran pergi la memancing dikawasan sana.Sejak tahu port mancing yang "bayek"GP dan sahabat selalu pergi kesana. Al maklum la dekat dengan kediaman. Lokasi tersebut tidak perlu masuk kehutan atau pun semak samun. Parking tepi jalan, bawa cangkul anda sendiri kemudian carik cacing berhampiran dan terus memancing. Tak sampai 10 minit ikan faverote talapia bersaiz satu dan 2 tapak tangan pasti akan meyambarnya.(tapi dengan skill dan pengalaman yang otai) baru leh dapat bro.heheh.Ikan disini tidak berbau tanah dan enak di panggang ataupun digoreng. bersama dengan kicap cili api. Perghtt terangkat woo..



GP juga difahamkan oleh penduduk berhampiran kawasan tersebut adalah kawasan 'majal' bagi pembonceng motosikal, kerana hampir 30 motosikal di hemtam dek kereta atau lori. Kira-kira 10 orang maut dan diketemuakan ajal disana. Walhal jalan yang baru dibuat, cantik dan besar. Mungkin ini adalah takdir dan kecuaian para penunggang motosikal itu sendiri. GP nasihatkan anda semua berhati-hatilah dijalanraya. Pakai topi keleder, pandang kiri kanan dan jangan merempit. Insyaallah anda akan pasti selamat. serba sedikit GP sempat merakamkan aksi-aksi para pemancing yang dah macam pertandingan pulak berderet joran serta orang ramai yang memancing disana. Kita saksikannya.
Sekian dari GP. Wassallam.
ikan talapiah bersaiz satu dan 2 tapak tangan sememangnya anda akan berpuas hati dengan hasil tangkapanJADUAL AIR PASANG SURUT 2010

Salam kepada Komuniti Group pancing. Disi GP telah meyediakan Jadual air pasang surut untuk sumber rujukan semua.Rancanglah Trip memancing anda dengan betul dan berkesan. Untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang banyak, para pemancing juga perlu mengatahui tarikh air pasang dan surut untuk memastikan hasil yang lumayan. Insyaallah semua rejeki datangnya dari Allah. Oleh itu kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik..
sekian dari GP wassalam.













