PERTANDINGAN MEMANCING JORAN MERDEKA

Written by Geliga Ent on Thursday, August 5, 2010 at 2:11 AM



KARNIVAL BULAN MERDEKA- PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA
DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

GP sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan group pancing sekalian.
GP tidak meyertai Pertandingan ini, cuma hanya 2 orang rakan GP yang meyertainya. Pertandingan start pukul 8 tapi GP hadir pukul 12. Hehe macamana nak join kan.
Tahniah kepada peserta yang memenangi pertandingan tersebut.

Ikan yang paling berat dipamerkan pada khemah utama iaitu spesis seperti Toman, Tongsan, Patin dan Rohu.

Toman ini adalah yang paling besar dengan beratnya 7.59 kg. Memang besar dan amat mengerunkan kerana warnanya hitam legam macam orang negro.hhehe

Patin yang paling berat mendapat tempat yang pertama dan membawa pulang RM 20 ribu. Yeah pakcik kayo!!!

Sekitar dikawasan Taman Tasik Titiwangsa


Keli afrika yang terberat menjapat jackpot bernilai RM 2 ribu. Last minit dapat dinaikkan. Memang rejeki ler..

Ikan Rohu yang sebelah kanan skali tu disingkirkan dari pertandingan kerana dinaikkan sebelum pertandingan .kesian orang tu.takpe bro skali naik ikan paus sape tau kan.hahah!~




hadiah yang terkumpulan adalah Sebanyak RM 50 ribu.


Sekian dari GP.Wassalam.


Trip Melayan Big Talapia di PPR KG. Batu

Written by Geliga Ent on Wednesday, July 21, 2010 at 7:53 PM


Salam Kepada Semua Komuniti Group Pancing. Dah lama GP tak g memancing bersama sahabat GP. Kali ini GP melepaskan gian untuk memancing ikan talapia.Kawasan yang menjadi tumpuan adalah di PPR Kg. Batu. Air sungai yang mengalir laju dan tahap neutral dan kandungan PH air yg tidak terlalu kotor mempunyai habitat didalam air yang semakin hari semakin banyak walaupun sudah ramai orang memancing, menjala, menjaring kecuali MENGEBOM. Disana menurut akta undang-undang pemancing Kg.Batu dalan enakmen 5 muka surat 109 segala jenis cara pemancingan selain mengunakan joran adalah dilarang sama sekali. Denda maksima RM 500 atau kerja amal membersih tandas PPR selama sebulan. Kata salah seorang penduduk tinggal berhampiran di flet PPR. GP difahamkan bukan setakat ikan talapia sahaja yang menghuni sungai tersebut, ada juga habitat lain seperti ikan keli, belot, ikan jaw(bandaraya), ikan liko, ikan haruan dan ikan toman yang besar saiz peha anda(Tempat-tempat tertentu).

sekitar kawasan port PPR Kg. Batu


Percaya atau tidak? kalau ingin kepastian dan kebenaran pergi la memancing dikawasan sana.Sejak tahu port mancing yang "bayek"GP dan sahabat selalu pergi kesana. Al maklum la dekat dengan kediaman. Lokasi tersebut tidak perlu masuk kehutan atau pun semak samun. Parking tepi jalan, bawa cangkul anda sendiri kemudian carik cacing berhampiran dan terus memancing. Tak sampai 10 minit ikan faverote talapia bersaiz satu dan 2 tapak tangan pasti akan meyambarnya.(tapi dengan skill dan pengalaman yang otai) baru leh dapat bro.heheh.Ikan disini tidak berbau tanah dan enak di panggang ataupun digoreng. bersama dengan kicap cili api. Perghtt terangkat woo..




GP juga difahamkan oleh penduduk berhampiran kawasan tersebut adalah kawasan 'majal' bagi pembonceng motosikal, kerana hampir 30 motosikal di hemtam dek kereta atau lori. Kira-kira 10 orang maut dan diketemuakan ajal disana. Walhal jalan yang baru dibuat, cantik dan besar. Mungkin ini adalah takdir dan kecuaian para penunggang motosikal itu sendiri. GP nasihatkan anda semua berhati-hatilah dijalanraya. Pakai topi keleder, pandang kiri kanan dan jangan merempit. Insyaallah anda akan pasti selamat. serba sedikit GP sempat merakamkan aksi-aksi para pemancing yang dah macam pertandingan pulak berderet joran serta orang ramai yang memancing disana. Kita saksikannya.
Sekian dari GP. Wassallam.

ikan talapiah bersaiz satu dan 2 tapak tangan sememangnya anda akan berpuas hati dengan hasil tangkapan

Cayalah hasil anggaran 3 kilo

JADUAL AIR PASANG SURUT 2010

Written by Geliga Ent on Monday, July 19, 2010 at 9:12 PM



Salam kepada Komuniti Group pancing. Disi GP telah meyediakan Jadual air pasang surut untuk sumber rujukan semua.Rancanglah Trip memancing anda dengan betul dan berkesan. Untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang banyak, para pemancing juga perlu mengatahui tarikh air pasang dan surut untuk memastikan hasil yang lumayan. Insyaallah semua rejeki datangnya dari Allah. Oleh itu kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik..
sekian dari GP wassalam.

PETUA UNTUK KAKI PANCING

Written by Geliga Ent on Wednesday, July 14, 2010 at 10:25 PM

Kali ini GP nak bagi serba sedikit tentang adab dan petua untuk Komuniti kaki pancing Malaysia
(Nasihat dari GP, Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai

sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikannya sebagai satu sumber ilmu
dan ilmiah untuk kita bersama, renung-renungkan dan selamat mencuba!)


Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.


Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.


Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.


Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.



Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.


Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.


Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.


Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.


Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.


Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.


Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

Sekian Petua dari GP, Wassalam.


Si Tukang Tilik Paul -Sotong Kurita (octopus)

Written by Geliga Ent on Saturday, July 10, 2010 at 2:45 AM


Haha.. Kali ni ada lagi berita pasal si tukang tilik iaitu sotong kurita (octopus) si tukang tilik haha... Sotong ini dikatakan telah membuat ramalan dengan tepat sekali dengan memilih pemenang bola sepak piala dunia dan kali ini sotong ini yang bernama Paul telah meramalkan bahawa spanyol akan menang melawan German.. Adakah ramalan si sotong ni akan jadi kenyataan?? haha.. Kepada penyokong German tu janganlah risau sangat kerana si sotong tu bukannya tuhan yang tahu apa yang akan terjadi dan kepada sesiapa yang menyokong spanyol tu jangan percaya sangat benda-benda macam ni ye.. Mengarut je semua tu haha... Tapi akhirnya betol tilikan Si Sotong..baguih dok ada! (GP hanya sokong Orange bukan belanda ye..) ape yg penting belanda akan melawan Spanyol pada Final World cup nanti! Goo00oo0llllll buat Orange. yeahh!~.Pic Sekadar berkongsi maklumat je ni..salam dari GP

TIP DAN TEKNIK MENCANDAT SOTONG

Written by Geliga Ent on Tuesday, May 11, 2010 at 5:28 AM



Salam Kembali Semua. Dah lama GP tak membloggerkan diri. Maaf kepada semua Group Pancing kerana tidak dapat melepak dan berborak bersama-sama. Al maklum la GP baru Sahaja buka company baru iaitu Geliga Enterprise. Jadi tak senang duduk dibuatnya. Sesiapa yang ingin memerlukan khidmat seperti printing, advertising serta design bolehlah menghubungi saya. Berbalik pada cerita utama iaitu mencandat sotong, musim Sotong sudah Kembali!. Jadi, marilah kita sama-sama berkongsi ilmu untuk mencandat sotong dengan teknik yang betul dan berkesan.

Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.

MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.

Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.


2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.

Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Telah diperkenalkan dan diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut. Begitulah serba sedikit tip untuk anda semua.

Pada kebiasaan selepas mencandat sotong, sesi memasak pula dilakukan. Gambar dibawah mengajak anda beramai untuk dapat menikmati keenakkan sotong tersebut. Terliur tak? hehehe. jadi pergilah mencandat!. Sekian dari GP. Wassalam.

GEMPAR!!! SOTONG BERKEPALA MANUSIA!!

Written by Geliga Ent on Sunday, April 25, 2010 at 9:56 PM


Inilah sotong Kurita yang dijumpai oleh wanita Indonesia yang berkepala seakan akan manusia.


Orang ramai datang berduyun-duyun ingin meyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri.
Sotong tersebut hidup dan bergerak-gerak sewaktu mereka melihatnya.


Mari kita lihat dengan dekat..bila kita teliti lama-lama. Rupe bentuk sotong ini agak pelik. Adakah ini benar atau satu khayalan atau pembohongan semata-mata? Tepuk dada tanyalah selera. Tiada yang mustahil. Apa-apa pun itu adalah kuasa ciptaan yang Maha Esa. Wallahualam..

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com