Menu Masakan Ikan Keli GP

Written by Geliga Ent on Tuesday, June 7, 2011 at 2:18 AM




Ikan keli Berlada


Kali ini GP nak buat kelainan sikit. Ye la kan asyik-asyik artikal trip dan info pancing. Tetapi kali ini GP nak buat info tentang masakan pula. Tak perlu nak suruh isteri atau ibu masak. Kita pun boleh cuba memasak dengan sendiri. Mudah je tak susah pun..haa...Disini GP telah sediakan tips dan masakan untuk resepi yang disediakan dibawah.

bahan-bahan ( Utk 5 orang )

  • 5 ekok ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • secubit gula
  • secubit garam dan kunyit
  • minyak untuk menumis
  • Bahan dikisar :
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili merah

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. yummy.....sedap.........

------------------------------------------------------

ikan keli masak lemak cili api


Bahan-bahan ( Utk 2 orang )

  • 1 ekok ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
  • 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sebatang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • semangkuk santan/500ml
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit garam halus dan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara-cara

  1. ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
  2. tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
  3. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
  4. masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
  5. lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss....

Ok kalau anda dah masak jemput-jemput la GP makan ye.hehehe. Selamat mencuba!

0 Responses to "Menu Masakan Ikan Keli GP"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com