Trip Cik Siti Talapiah

Written by Geliga Ent on Tuesday, March 2, 2010 at 7:08 AM




Tarikh: 27-02-2010 (sabtu)
Masa: 5 Petang
Lokasi: Sg. Subang

Jenis Ikan: Talapia, Keli, Lampam

Ahli Group pancing

1.Jesfri

2.Arif

3.Aizat

4.Ah Ching

Ibu Kota Kuala Lumpur pada mulanya memang banyak port untuk memancing, lombong-lombong, tasik serta sungai memang banyak di sekitar lembang kelang ini. Akan tetapi pembangunan yang semakain pesat membangun membuatkan semua lombong-lombong dah tasik di timbun dan di tarah untuk membina projek bangunan seperti kondominum, rumah teres dan macam-macam lagi. Dahulu memang banyak port utk memancing tapi sekarang hanya Cuma tinggal kenangan. Hanya sungai Gombak dan sungai kelang sahaja .Ikan memang banyak kat situ, gemuk-gemuk dan sihat-sihat kat dalam sungai tu, tapi adakah anda ingin memakannya??hahaha. Dengan sisa buangan daripada orang yang tidak bertanggungjawap menyebabkan sungai-sungai kita tercemar dengan teruknya. Sikap sebegini haruslah ditegar, bak kata seruan kerajaan cintailah sugai kita. Kami Group Pancing pening memikirkan di mana tempat nak pergi memancing yang terdekat. Jadi dengan idea Ariff yang telah dipersetuju oleh rakan2 jadi kami semua ke subang. Destinasi mengambil masa selama 25 minit kami pun sampai.

Berbekalkan batang kayu, kami mencari cacing. Ikan pun pandai gak.kalau cacing beli dia tanak makan punya katanya tak sedap. Ikan pun ada taste jugak? hehe. Jadi terpaksalah kami mencari sendiri cacing fresh. Time-time petang memang time ‘GALAK’ ikan memakan umpan. saiz ikan yang sebesar 1 hingga 2 tapak tangan dapat kami naikkan. Group pancing sempat merakamkan aksi-aksi para sahabat yang sememangnya gila pancing. Mari sama-sama kita saksikan adegan tersebut..


Ini dia Mrs. Talapiah yang berjaya saya Pikat..hehehe



sapa kata olang cine tarak minat mancing? Tengok nie saya selonok dapat ikan maa....


Siap Berposing lagi Si Ah ching nie..takpe-takpe..tarik minat dier lagi..lepas ni tgk la.silap-silap 3 pancing dia beli..cayalah..


En Arip Sedang menusuk Cacing. Mah Aih kejamnya ayat tu..Memasang unpan..ha baru ok ckit..hehe



Ini dia Madam Talapiah yang berjaya di pikat oleh Mr Arif..Senyum sakan dia.maklum la, bukan main montok ikan dier..musti bergetah lagi kan.goreng pun sodap!.hahaha



Separuh Hasil dari tangkapan Kami..boleh tahan jugak la..


Ini dia Lampan Jawa saiz L.dengan menggunakan pancing udang, memang seronok melayan ikan ini..


Jangan disangka air tenang takda crocodile!!Ahli Group Pancing panik Apabila Semak di tepi sungai berbunyi kuat dengan pantas satu objek melintas daripada belakang kami..berderau darah dan terkejut amat..rupa-rupaya sang biawak yang besar gabak yang ingin melintas!..ceh lain kali nak lintas bagi ler salam dlu..terkojot den..


oit!~ udah-udah ler..dan nak magrib..moh ler kita balik..takat itu jer rejeki kita...

sekian, Wassalam..

0 Responses to "Trip Cik Siti Talapiah"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com