Trip Sg. Lembing/Sg Kuantan Pahang 2.0

Written by Geliga Ent on Friday, April 6, 2012 at 4:18 AM


Salam kepada GP sekalian. Ini dia trip Sg Lembing/Sg Kuantan Pahang 2.o
dengan percutian 3 hari 2 malam banyak aktiviti memancing telah dilakukan.
Pada hari pertama, di waktu malam kami telah berjaya menaikkan ikan kerai sahaja. Mari kita lihat aksi-aksi GP dengan bangganya daripada hasil tangkapan beliau.



Hasilnya lumayam pak...2 ekor sahaja dan 1 kilo..

Ni dia kerai dengan hasil setengah jam.Haha (lokasi sg lembing)

Taien dg kerai xxl


Pada hari kedua di Sg Kuantan. Tain dengan ikan tapah Beliau.

Ikan Duri Pun jadi la.

Ni dia udang galah pertama.

Ikan baung yang berjaya ditangkap.


Ini dia hasil tangkapan GP


Trip Sg. Lembing pahang 1.0

Written by Geliga Ent on Thursday, February 16, 2012 at 5:14 PM




Salam sejahtera, lama jugak GP tak tulis artikal mengenai trip memancing. Bukan maksudnya GP takde buat aktiviti memancing , tapi buat pengatahuan anda semua rasa-rasanya ada dalam 10 trip memancing GP buat, cuma tiada kelapangan dan kekurangan artikal dan gambar untuk GP postkan. Selepas ini GP akan tanamkan tekad untuk rajin posting trip-trip yg menarik untuk tatapan anda semua.

Berbalik pada trip Sg. Lembing 1.0, Otai kita iaitu Pak Ya dan Mr Junai telah pergi secara senyap-senyap tanpa pengatahuan GP, petang semalam nasib baik kami sempat melihat dan merakamkan hasil tangkapan mereka. Dengan hanya satu hari sahaja,inilah hasilnya.


Nah ini dia hasil yang agak lumayan banyak spesis ikan seperti ikan lampam, belida ikan putih dan ikan bujuk.

Ini dia ikan sebarau dan udang galah yang bersaiz L. menurut kata Pak Ya udang galah yang sebesar lengan anda pun ada.tak percaye? tepok dada tanya selera.hehe


Ikan tilan dan ikan baung yang anggaran sekilo lebih berjaya dinaikkan. Spesis ini juga dikatakan ikan yang mahal dengan harga rm 60 ringgit sekilo dipasaran.


kata Mr Junai, ikan ini semua akan dijual dengan harga rm 7 ringgit sekilo.


Dengan nada sinis Pak Ya berkata,"ini baru hanya intro, minggu depan kita pergi yo! Wahai GP sekalian, marilah kita sahut cabaran beliau.kita nantikan Trip Sg. Lembing pahang 2.0. Sekian Wasallam..

Nelayan di Somalia

Written by Geliga Ent on Friday, February 3, 2012 at 12:09 AM





























Rata-rata mereka masih berusia relatif muda. Namun, mengaku kian sulit mencari ikan di laut dan susah mendapat kerja di darat, para nelayan asal Somalia tersebut akhirnya nekad menyambung hidup dengan menjadi perompak.

Mereka tak lagi membawa jala dan tombak, melainkan memanggul senapan mesin dan peluncur roket. Tangkapan yang didapat bukan lagi ikan, melainkan manusia-manusia berikut kapal tanker atau kargo yang mereka kendalikan demi mendapat uang tebusan.

Dengan menggunakan perahu mesin, gerombolan nelayan tersebut tak takut mencegat kapal-kapal berbadan raksasa.




Beberapa warga Somalia diadili di Kenya sebagai perompak, 19 November 2008 (AP Photo)

Makan Ikan Hidup Menyembuhkan Penyakit Asma

Written by Geliga Ent on Friday, January 6, 2012 at 1:27 AM


Ribuan pesakit asma sanggup nemunggu berjam-jam demi mendapatkan ikan sardin di sebuah festival yang digelar Keluarga Goud di Hyderabad, Andhra Pradesh, India Selatan. Mereka percaya, menelan ikan itu hidup-hidup dapat menyembuhkan sakit asma. Adakah itu benar?



Popular dengan sebutan 'Festival Ikan Ubat Asma', festival itu berlangsung setiap bulan Jun pada tanggal yang dianggap sebagai 'hari baik', berdasar perhitungan astrologi pada awal musim hujan.

Dalam festival itu, sekitar 200 anggota Keluarga Goud akan membagikan ikan sardin sepanjang lima sentimeter yang masih hidup. Ikan itu ditambah perisa rahsia yang disebut masala.

Mereka mengatakan bahwa ramuan itu berasal dari warisan orang suci Hindu 170 tahun silam. Ramuan itu tidak akan dikenali sikiranya keluarga Goud membisneskannya.


"Selama 166 tahun belakangan ini, keluarga Goud menawarkan cara pengubatan ini tanpa pembayaran kepada mereka yang memerlukannya," kata Ketua Keluarga, Bathini Harinath Goud, seperti diambil dari Telegraph.


Terlepas dari kepercayaan masyarakat yang sangat kuat, festival pengubatan itu mengundang reaksi dan bantahan keras sejumlah aktivis hak asasi manusia. Selain tidak ilmiah, festival itu dianggap tidak keperimanusiaan terhadap haiwan kerana memaksa anak-anak memakan ikan yang masih hidup.

Festival itu juga dianggap berperanan meningkatkan risiko penyakit pada anak-anak melalui cara pengubatan yang tidak menjaga kebersihan. "Proses pemberian ubat itu tidak sehat, apalagi mereka yang melakukan itu tidak mencuci tangan," kata Balala Hakkula Sangham, salah satu aktivis.

Meskipun ramai aktivis protes perayaan itu, festival ini juga mendapat sokongan dari Kerajaan India dalam penyediaan pengangutan dan penyelidikan bagi para pesakit yang harus menjalani diet khusus selama enam minggu setelah makan ikan sardin hidup tersebut.

Sekian informasi dari GP tentang "Makan Ikan Hidup Menyembuhkan Sakit Asma". Semoga bermanfaat buat anda.

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com