Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita dapat meyambut Maulidur Rasul pada tahun 2010 ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., penghulu segala Rasul, pembawa rahmat seluruh alam. Group Pancing mengucapkan Salam Maulidur Rasul Pada Semua..Marilah kita hayati pergorbanan nabi kita kita Nabi Muhammad s.a.w serta meyayanginya kerana dialah satu satunya Nabi yang terakhir yang teragung dan terpuji. Disini Group pancing mengajak anda meyanyikan serta menghayati lagu dari Hijaz kerana liriknya meyentuh perasaan serta penuh dengan pergorbanan yang tak terhingga. Ia hanyalah untukmu ya' Rasullullah.
Hijjaz
Rasulullah
( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Salam Maulidur Rasul
Trip GONG XI PA CAI Group Pancing
Tarikh: 15-02-2010 (ahad)
Masa: 3 Petang
Lokasi: Pantai Telok Senangin, Perak
Jenis Ikan: Kerapu, Daun Baru(Subaru),Jenahak Gelama,Gerut,Kekek, Bolos dan Lain2.
Ikan Paling meyampah: Ikan Buntal
Ahli Groupancing
1.Abg jamal
2.Abg kassim
3.Aizat
Group Pancing mengucapkan selamat Tahun Baru Cina pada orang Cina takkkan orang India pulak kot.hahaha. Cuti yang panjang selama 4 hari Group Pancing telah bercadang untuk ke Perak sambil bercuti bersama keluarga. Dengan kesempatan itu leader group pancing abg Kassim yang telah lama berkecimpung dalam area pemancingan bercadang ke Telok Senangin iaitu port bayek sejak turun-menurun dari arwah datuknya turun ke arwah bapaknya dan akhir sekali pada beliau..Menurut kata beliau, ayahnya serata beliau pernah menaikkan seekor ikan pari seberat 15 kilo! ikan jenahak 10 kilo, ikan Kerapu dan pelbagai spesis ikan yang gabak-gabak besarnya. Menurut kisah sejarah, Telok Senagin adalah tempat peyembunyian dan perkambung Pembesar dan orang dahulu untuk mengelakkan daripada penjajah tanah Melayu..Dengan banyaknya spessis ikan sini ia menjadi sumber makanan bagi mereka..
berbalik dengan cerita Trip Group pancing, Kami terpaksa meredah hutan sekirannya air pasang..Nak atau tidak kami terpaksa meredah perpisisiran pantai dan hutan belukar..akhirnya kami sampai tempat yang dituju.dengan permandangan yang menarik dan cantik dengan berlatar belakang pulau pangkor dihadapan..dengan cuaca yang amat terik dan panas terpaksa jugak melabuhkan joran.Al maklum la keje selalu dok dalam air cond jer..hehehe.
Group pancing sempat merakamkan gambar gambar kenangan bersama ikan yang diperoleh. Diharap anda terhibur..sekian Terima kasih
Suasana Sekitar 'port bayek punya'! Perjalan ketempat destinasi yang boleh dianggap memcabar tahap metabolisma anda.
2 Orang brader otai sanggup berjemur ditengah panas matahari semata-mata untuk menunggu disambar oleh sang Pari atau jenahak
Ikan Daun Baru yang Berjaya dinaikkan oleh abg Jem.Kata Beliau Spesis ini agak agresif kerana badannya yang leper membolehkannya melawan arus..Syuk uh melayan ikan ini.
Abg Kassim dengan gumbiranya dapat menaikkan ikan daun baru kata beliau ikan ini mahal juga.anggaran rm 26 ringgit sekilo.
Saya juga tidak ketinggalan dapat menaikkan seekor kerapu..ganaz juga ikan ini meragut.kerana spesis ini suka meyorok di dalam batu karang.
Yang bestnyer..ketam biru pun ada. Cara makan sama macam udang..Tapi bila melarikan diri dari pancing dia kekiri dan kekanan.itu tandanya unpan anda diragut oleh sang ketam.
Suasana yang indah hasil daripada ciptaan Tuhan yang Maha Esa..Allahuakhbar!
Separuh dari hasil tangkapan kami..berbaloi juga kan.
Perjalanan ketika pulang terpaksa meredah batu dan hutan belukar. Barang banyak pulak tu..aduh..pengsan den..
Hari pun nak senja. Kelihatan matahari hendak terbenam..kang dah gelap melilau pula nak balik. Oleh itu kami segera terus pulang.
IKAN KELI GERGASI DI MUKAH SARAWAK
ikan keli ini Di tangkap oleh nelayan di Mukah sarawak. Kejadian tersebut mengemparkan orang ramai yang meyaksikannya.
Dengan beratnya anggaran 2 tan, ikan keli ini di angkat menggunakan lori kren. wooo Besar gler..Kalau kena pada pancing kita kirim salam la celah gigi jer dia makan dengan sekali pancing dan anda sekali. haha.
rupa ikan keli ini seakan akan ikan paus atau jerung..identitinya tidak dipastikan.
kalau nak tau panggil forensik atau bedah siasat perlu dilakukan ke atasnya.
kemungkinan ikan ini tersangkut di bawah jambatan. Mungkin badan dia besar sangat pastu tersepit.
Joseph Chong adalah seorang pemborong tokey ikan yang termashur di Mukah.beliau menyuruh kulinya mengikat ikan tersebut untuk memudahkan lori kren mengankatnya dan di bawa ke kedai beliau untuk dipotong-potong dan dijual pada orang ramai sekitar kawasan mukah sarawak dengan angaran rm 6.00 sekilo. Orang ramai yang meyaksikan kejadian tersebut didermakan oleh Joseph Chong untuk dibahagikan sekilo setiap seorang.
Saya Mat GP melaporkan berita untuk Group Pancing..Sekian Terima kaseh!!