Akuarium Meletup Dikala Subuh

Written by Geliga Ent on Wednesday, June 27, 2012 at 1:16 AM


Kebabom! Bunyi yang sungguh kuat meyelubungi di kala subuh. Terkejut dengan bunyi tersebut saya terus bergegas keluar rumah. bunyi apakah itu? Melihat sekeliling rumah yang banjir, rupa-rupanya akuarium telah pecah. Masyaallah!

Keadaan halaman rumah yang banjir. Nasib baik air tak masuk rumah.

Saya melihat Ikan Kaloi Tercungap-cungap kelemasan. Maksudnya kalau manusia lemas dalam air,  ikan lemas di darat. Lebih kurang la maknyanya kan.
Kesian ikan Kaloi peliharaan saya ini. Nama diberi Siti sebab dia betina..Nasib baik la panjang umur dia dan masih bernyawa lagi. Jadi saya pun segara mengambil kain pelikat untuk membungkus dan mencari kolah air untuk memastikan ia hidup. Syukur alhamdulillah pagi tadi sampai pukul 5 petang ini ia dapat berenang dgn baik  walaupun kelihatan cedera teruk terkena serpihan kaca. Harap-luka tu nanti baik dengan sendirinya.


 Saya pun tidak berapa pasti apakah puncanya kejadian yang berlaku. Aquarium meletup/pecah dengan sendirinya. Tiada anasir jahat jiran rumah atau sesiapa yang dengki pun selama ini. Erm..Ada sesiapa yang boleh memperjelaskan bagaimana tejadinya. Mungkin dari hukum sains kalau luaran kita sejuk dan dalaman panas akan berlaku kesan retak atau pecah. Betul ke analisis saya ni.hehe. kalau ada sesiapa tahu bolehlah kongsi bersama ye.



Untuk Keselasaan Ikan peliharaan saya. saya telah hantar ke kedai untuk memperbaiki aquarium tersebut.Insyaallah esok pagi dah siap. Walauapapun yang berlaku sayangilah haiwan peliharaan anda.Sekian Wasallam



Ikan Menangis

Written by Geliga Ent on Saturday, June 23, 2012 at 7:38 AM


Tolong share gambar ini jika anda ::
nampak / jumpa air mata ikan ini ♥

♥ air mata mengambarkan kata hati anda 。。。。。 ♥

♥ saya sayang binatang ♥

♥ SHARE bersama rakan2 Blogger anda. 

♥ Hehehee

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com