Trip Sg. Lembing pahang 1.0

Written by Geliga Ent on Thursday, February 16, 2012 at 5:14 PM




Salam sejahtera, lama jugak GP tak tulis artikal mengenai trip memancing. Bukan maksudnya GP takde buat aktiviti memancing , tapi buat pengatahuan anda semua rasa-rasanya ada dalam 10 trip memancing GP buat, cuma tiada kelapangan dan kekurangan artikal dan gambar untuk GP postkan. Selepas ini GP akan tanamkan tekad untuk rajin posting trip-trip yg menarik untuk tatapan anda semua.

Berbalik pada trip Sg. Lembing 1.0, Otai kita iaitu Pak Ya dan Mr Junai telah pergi secara senyap-senyap tanpa pengatahuan GP, petang semalam nasib baik kami sempat melihat dan merakamkan hasil tangkapan mereka. Dengan hanya satu hari sahaja,inilah hasilnya.


Nah ini dia hasil yang agak lumayan banyak spesis ikan seperti ikan lampam, belida ikan putih dan ikan bujuk.

Ini dia ikan sebarau dan udang galah yang bersaiz L. menurut kata Pak Ya udang galah yang sebesar lengan anda pun ada.tak percaye? tepok dada tanya selera.hehe


Ikan tilan dan ikan baung yang anggaran sekilo lebih berjaya dinaikkan. Spesis ini juga dikatakan ikan yang mahal dengan harga rm 60 ringgit sekilo dipasaran.


kata Mr Junai, ikan ini semua akan dijual dengan harga rm 7 ringgit sekilo.


Dengan nada sinis Pak Ya berkata,"ini baru hanya intro, minggu depan kita pergi yo! Wahai GP sekalian, marilah kita sahut cabaran beliau.kita nantikan Trip Sg. Lembing pahang 2.0. Sekian Wasallam..

0 Responses to "Trip Sg. Lembing pahang 1.0"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com