Pertandingan/ Jackpot Memancing Ikan Keli Afrika

Written by Geliga Ent on Tuesday, March 15, 2011 at 8:21 AM




Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Lama dah GP tak Tulis artical kan.Kali ini GP nak ceritakan Serba sedikit tentang pertandingan memancing atau pun jackpot. Baru-baru ini GP telah singgah di Johor Untuk menghadiri Majlis perkahwinan di tempat kelahiran MAWI AF iaitu di Felda Taib Andak.
Dikawasan tersebut ada terletaknya sebuah Kolam memancig ikan. Sememangnya kolam tersebut mempunya ramai pengunjung yang tersendiri dan lokasi yang strategik. Specialnya kolam ini hanya untuk pertandingan/jackpot sahaja. Bagi yang pemancing tegar untuk memancing suka-suka tidak dibenarkan sama sekali. Spesis yang ada di kolam ini hanyalah ikan keli afrika sahaja. Ikan keli seberat 1 kilo keatas sahaja yang mendiami kolam tersebut. Majoriti ikan yang dinaikkan oleh pemancing seberat 2 kilo seatas. Cuba anda bayangkan ikan keli sebesar ini melayan pancing anda. Memang tak senang duduk anda dibuatnya. Walaupun ikan keli mudah untuk didaratkan oleh pemancing, tetapi sentapannya sememangnya kuat dan berat. Kalau anda tak percaya pergi la memancing di kolam tersebut untuk merasainya. Menurut orang kampung di Johor, pertandingan memancing ikan jenis keli afrika telah lama beroperasi di sana. Cuma kita sahaja yang jarang mendengar pertandingan seperti ikan keli sahaja. Selalunya pendaftaran bagi 1 joran adalah sebanyak RM 35-hingga RM 40 ataupun mengikut Jackpot yang diberikan. Duit peserta akan dikumpulkan dan akan diberikan kepada pemenang bagi ikan yang terberat. Untuk pengatahuan anda suku pada yang dikumpulkan akan diambil oleh pihak penganjur. Cara pertandingan/ jackpot ini seakan akan kutu-kutu jugak. Kalau ada yang tidak bernasib baik(tak dapat ikan) ataupun kumpau-kumpau, duit mereka sama sekali burn. adat pertandingan la kan. Ini seba sedikit yang dapat GP kongsikan pada semua. Sekian terima kasih. Wassallam.

















po



Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com