Jangan dekat! dia akan menggigit anda!

Written by Geliga Ent on Tuesday, October 26, 2010 at 1:57 AM

Hati-hati: Jeremy Wade berani posing dengan Tigerfish Goliath 5ft panjang yang ditangkap selama ekspedisi Sungai Congo di Afrika

Ikan tigerfish goliath adalah salah satu ikan air tawar yang paling menakutkan di dunia dan dikatakan sebagai versi yang jauh lebih besar dan merbahaya dari piranha.

Ikan raksasa mempunyai 32 gigi yang saiz serupa dengan ikan jerung putih yang besar dan telah dikenali mampu untuk menyerang dan membaham manusia dan juga buaya.
Hal ini pernah terjadi dan pernah tertangkap oleh segelintir nelayan kerana bahaya itu dan lokasi habitat mereka ini sangat sukar untuk dijangkau dan dijumpai.


Program ITV's River Monsters melihat dan meneliti laporan mitos dari seluruh dunia manusia diserang olehikan monster yang tidak dikenali dan menetapkan untuk mencari dan menangkap ikan tersebut.Wade berkata ia mengambil selama lapan hari untuk berusaha mendarat dan melepaskan kembali ke sungai akan selepas itu.

Gigi di atasnya yang luar biasa tajam dan kira-kira sama seperti ikan jerung putih yang besar. ikan ini juga mempunyai gigitan yang sangat kuat mampu membaham mangsa sebenar saiznya itu, "Dianggarkan bahawa serangan ikan berlaku dengan gerakan tiba-tiba atau splash. Wade mendedahkan ia menggunakan ikan patin yang cukup besar sebagai umpan untuk tigerfish dan tali 200 paun dan road.

kata beliau "Ini adalah ikan yang sangat berbahaya untuk menangani dan menewaskannya. Jika anda tidak berhati-hati, dengan mudah ikan ini dapat mengambil jari atau tangan anda atau akibatnya lebih buruk dari itu.

Trip Pulau Upeh Melaka

Written by Geliga Ent on Friday, October 1, 2010 at 12:21 AM


Assalamualaikum. Baru baru ini GP dan RNZ bergabung membuat trip kepulau Upeh Melaka .Trip di jadualkan pukul 5.30 petang bertolak dari Kuala Lumpur tergendala selama 2 jam kerana hujan yang lebat melanda Kuala Lumpur dan menyebabkan jem teruk. Tepat pada pukul 8 malam rakan GP iaitu En Jamal, En Akmar, Syeikh Faizi dan saya bertolak menaiki jentera Toyota dan di pandu laju menuju ke destinasi kami iaitu Melaka. Tepat pada pukul 9 kami pun sampai d irumah pakcik saudara iaitu Pak Tam yang sememangnya otai tentang selok belok memancing di pulau tersebut. Mengambil masa selama 15 minit dan kami pun sampai di jeti Klebang Besar iaitu tempat untuk menyewa bot untuk pergi ke Pulau Upeh. Dengan harga RM 20.00 seorang pergi dan balik. Setelah 20 minit berada di atas bot kami pun sampai ke jeti Pulau Upeh.

Papan tanda ini amat penting ia digunakan sebagai tanda utk ke Jeti Pulau Upeh



Melihat suasana yang gelap dan sunyi dan berlatar belakangkan Hotel dan shelet yang telah lama terbiar serta usang lagi menaikkan bulu roma kami. Tetapi semua itu tidak melunturkan semangat kami kerana datang berlima adalah lebih selamat. Buat pengatahun GP semua, Pulau Upeh juga dikenali sebagai 'Liha Das Pedra' oleh orang Portugis bermaksud tempat yang berbatu. Merujuk perang dunia kedua, Pulau Upeh digunakan sebagai tempat melihat(out point) untuk menyerang kapal perang di Selat Melaka. Pulau Upeh juga digunakan tempat mengambil batu untuk membina A-Famosa. Pulau Upeh juga terkenal dengan tempat penyu Karah datang untuk bertelur.




Berbalik dengan trip kami, Pak Tam telah menyediakan bekalan udang yang segar dan udang hidup untuk memancing serta perambut yang dibuatnya semdiri yang sememangnya beliau pakar dalam pembikinan segala jenis perambut. Ikan yang dipertaruhkan disini adalah spesis ikan siakap,jenahak,pari, ebek, daun baru ikan merah,kerapu, senangin serta semilang dan lain-lain. Menurut kata beliau pernah menaikkan ikan siakap seberat 1o kilo dan beberapa ikan lain seperti kerapu dan ikan pari yang bersaiz mega. Selepas kami memasang perambut dan umpan, joran dilabuhkan dilubuk yang berpotensi.




Suasa Selepas subuh di jeti Pulau Upeh


meraka berhempas pulas mengeluarkan mata kail dari ikan pari.hati-hati ckit kalau kene duri dia racun tu.


Tidak sampai 20 minit pancing Syeikh Faizi di sentap dan berbunyi loceng dengan kuat. Apa lagi suatu pertarungan yang yang sengit diantara mereka. Pari kara seberat hampir sekilo telah berjaya didaratkan oleh beliau. Alhamdulillah rejeki Allah.



Akmar Dengan ikan duri dengan anggaran sekilo lebih

Syeikh Faizi dengan daun baru

Ikan yang ditangkap masih hidup diletakkan di Aquarium mini kami.memang cantik melihat nya sesambil bosan menunggu ikan terkena pancing.


Ikan Gerut dan Daun baru sekali sekala memakan umpan kami.ganaz juga sentapan nya


Sebahagian hasil dari tangkapan kami



Syeikh Faizi sempat bergambar dengan tekong Otai Pak Parim



Gerut dan daun baru diantara ikan yang dinaikkan

Sejenis Rumpai laut yang hidup spesis ini lebih kurang sama dengan tapak sulaiman


Selepas pembukaan lesen pari tersebut tidak cukup tangan dibuatnya kerana ikan gelama dan duri tidak putus-putus memakan unpan kami. Kadang kala ikan seperti tuka, gerut dan daun baru sudi memakan umpan kami. Selama satu hari juga kami berada di pulau tersebut dan pada pukul 3 petang kami pun berangkat pulang. Mungkin bukan rejeki kami untuk memburu ikan siakap dan ikan mega yang lain.Tetapi, kami tidak menyerah kalah dan sememangnya kami akan datang ke pulau tersebut di lain hari.

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com