TOP #10 -IKAN YANG MENGERIKAN DI DUNIA

Written by Geliga Ent on Saturday, August 21, 2010 at 7:01 AM


Para group pancing sekalian. Bulan puasa ni GP dan rakan-rakan tiada kesempatan untuk memancing. Al maklum la sibuk dengan kerja,bisness ramadhan dan sebagainya.
untuk mengisi masa lapang, GP mengajak anda semua melihat Kekuasaan Allah SWT yang menakjubkan yang menciptakan sekalian alam dimuka bumi ini.

-fakta ini adalah undian daripada pendapat di majalah kehidupan marin.
bermula dari tempat kesepuluh.

Pada posisi kesepuluh: ikan Gigi



Pada kedudukan kesembilan: Ikan Mola-Mola
atau dikenali Ocean Sun Fish



Di tempat kelapan: Rami Grenadiers (bom tangan) atau rattails

Ikan ini rupanya seolah olah sedang melancarkan bom. Ikan ini terletak jauh di belakang kutub utara dan selatan ..



Di tempat ketujuh: Ikan Belut Gulper Eel

Makanan ialah ikan kecil atau udang. kadangkala mangsa buruanya akan terlepas kerana rahangnya kecil dan sempit. Namun, ikan ini boleh menelan dengan banyak kerana mempunyai perut yang besar ..



Di tempat keenam: ikan Hook atau drill Angler fish

Melihat kepalanya seperti badak, Dan bentuknya sangat menakutkan ..


Di tempat kelima: Ikan Batu

ikan yang mempunyai tulang belakang dan mempunyai racun pembunuh. Salah satu jenis yang paling berbahaya dari racun ikan di dunia ..



Di tempat keempat: Ikan Serigala Wolf Eel, ocellatus Anarrhichthys


Saiznya adalah hingga dua meter panjang Dan berat 18 kg dan sebahagian besar berada di lautan Pasifik


Di tempat ketiga: Ikan Oonjunoc Longnose Chimaer

Ikan ini mempunyai kelebihan iaitu dapat memilih pemangsa serta dapat berjalan secara merangkak ..


Di tempat kedua: Ikan Lampu




Di tempat pertama: Ikan Blob


Selamat menimba ilmu tentang ikan. Sekian dari GP.Wassalam


Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson!!

Written by Geliga Ent on Sunday, August 8, 2010 at 10:34 PM

TELUK KEMANG - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan seekor buaya tembaga yang telah

mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson.


Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.

Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.


PERTANDINGAN MEMANCING JORAN MERDEKA

Written by Geliga Ent on Thursday, August 5, 2010 at 2:11 AM



KARNIVAL BULAN MERDEKA- PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA
DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

GP sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan group pancing sekalian.
GP tidak meyertai Pertandingan ini, cuma hanya 2 orang rakan GP yang meyertainya. Pertandingan start pukul 8 tapi GP hadir pukul 12. Hehe macamana nak join kan.
Tahniah kepada peserta yang memenangi pertandingan tersebut.

Ikan yang paling berat dipamerkan pada khemah utama iaitu spesis seperti Toman, Tongsan, Patin dan Rohu.

Toman ini adalah yang paling besar dengan beratnya 7.59 kg. Memang besar dan amat mengerunkan kerana warnanya hitam legam macam orang negro.hhehe

Patin yang paling berat mendapat tempat yang pertama dan membawa pulang RM 20 ribu. Yeah pakcik kayo!!!

Sekitar dikawasan Taman Tasik Titiwangsa


Keli afrika yang terberat menjapat jackpot bernilai RM 2 ribu. Last minit dapat dinaikkan. Memang rejeki ler..

Ikan Rohu yang sebelah kanan skali tu disingkirkan dari pertandingan kerana dinaikkan sebelum pertandingan .kesian orang tu.takpe bro skali naik ikan paus sape tau kan.hahah!~




hadiah yang terkumpulan adalah Sebanyak RM 50 ribu.


Sekian dari GP.Wassalam.


Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com