TANGKAP IKAN GUNA TANGAN AJE!

Written by Geliga Ent on Friday, March 12, 2010 at 6:20 PM



Hari hujan yang lebat pada lewat petang sememangnya syok untuk kita tidur masa-masa penat balik keje begini. Hujan yang lebat turun mencurah-curah dengan kesejukan yang meyelutupi suasana panas terik tengahari tadi, tiba-tiba kedengaran suasana kecoh di rumah rumah. Ini yang buat saya hot ni. Jadi saya melihat di luar rumah kelihatan sekumpulan mat-mat indon berkumpulan dan sedang menaiki motor. Saya pun kelihatan pelik..Gila apa time-time ujan ni naik motor. Lalu saya pun bertanya pada salah seorang daripada mereka. Mau kemana Bong?
pergi menangkap ikan katanya. Uikkss jadi saya pun teruja dan berminat. Dekat mana? dan mana pancingnya?
Lalu diorang pun tergelak. Pakai tangan je la Bong. Mereka tersengeh seolah-oleh menunjukkan kehebatan mereka. Dalam hati kecil ku berkata..Ingat senang ke nak tangkap ikan guna tangan. Mak aih..beto ke nih? Mari Bong saya Ikut. tanpa berlengah lagi saya pun segera siap-siap memakai baju hujan dan terus mengikuti konvoi mereka.
Dengan mengambil masa selama 15 minit kami pun sampai. Dengan Perasaan terkejut Saya melihat kawasan sungai berkenaan. MasyaAllah.. Kotornya tempat tu. Sungai Dipenuhi dengan sampah dan bermacam macam lagi benda yang menghuni dalam dasar sungai itu.Ishhh.. Biar benar mat Indon nie..tapi sememangnya Orang macam mereka tidak kisah lansung soal persekitaran.asalkan dapat ikan cukup mengembirakan mereka.
Apa lagi bong mari buka baju dan turun sekali! lalu Saya berkata, takpe la Bong saya tengok jerk la dulu. Saya takut airnya dalam kang lemas naya jerk.. Ceh dalam hati sory la tak sanggup den.
Berbekalkan tali untuk meyangkut ikan, Kasut kontrek dan google terus mereka melompat dan terus menyelam.Kabbbuushh!!


Suasana persekitaran Sungai Di Jalan Ipoh, Segambut


Dengan selamba Bro Mus meyelam ke tengah dalam dasar sungai. Ternyata beliau sudah biasa melakukan aktiviti sebegini.


kelihatan seperti Badak air..rupa-rupanya Wak meng tengah berenang.hahaha
tercungap cungap saya tengok.risau juga saya kalau2 dia lemas.maklum la die tu gemuk pastu pendek pula.tapi stamina kuat beb! hehe.



kelihatan sebuat tractor digunakan untuk mengorek sungai tersebut..uihh rasennye mesti dalam tahap gaban sungai ni..



mungkin anda semua nak tau bagaimana cara mereka menangkap ikan kan..
mudah aje caranya anda perlu menyelam di dalam air dan meraba-mara
ikan.kerana ikan selalunya suka melepak di gigi air serta di tepi batu atau di tembok di dalam air. Jikalau tangan anda terasa sesuatu objek terus anda menangkapnya menggunakan sarung tangan kalau tidak luka lah tangan anda tu..harap-harap jangan tersalah raba sudah..kalau teraba member atau sampah di dasar sungai tu takpe. Kalau teraba sang bedal atau Objek yang telah mati arghtt sudah!!!


Inilah hasilnya mengarau ikan di dasar sungai. Ini baru sikit jerk. Pernah saya nampak meraka pulang dengan seguni ikan talapia.memang kenduri besar la diorang..


Ini hasil Kami. Walaupun tak banyak kami puas mandi sungai..hahah!~


Wak Meng tidak ketinggalan merakamkan hasil beliau. Sememangnya beliau adalah penyelam yang berbakat kerana saya pernah mengira selama hampir 1 minit beliau didalam air..boleh jadi navy ni.

p/s: Jangan membahayakan diri anda, sayangilah orang yang tersayang.

sekian wasallam.

6 Responses to "TANGKAP IKAN GUNA TANGAN AJE!"

Comment by repubLik.haTiku
March 12, 2010 at 8:29 PM #  

walaweh..
giler terer lar diorg nih..
kagum skjap..
hikhik
=]

Comment by Geliga Ent
March 13, 2010 at 7:12 PM #  

biase la kan.org indon selambe adab.hahaha

Comment by repubLik.haTiku
March 13, 2010 at 10:17 PM #  

huhu..
tp..
tgk sungai tuh je pun da rs x sgup da..
cmne lar diorg leh willing slumber msk dlm sungai tuh tnp memikirkn ms dpn..
haha~~~

Comment by Geliga Ent
March 14, 2010 at 7:33 PM #  

betul betul..ader ke die nak bagi saya ikan tu..ishh tak sanggup den! lain kali takmau makan ikan talapia lah..awak nak ker..nanti saya boleh mintak kat dia ..free jerk..hehehe

Comment by repubLik.haTiku
March 16, 2010 at 6:11 AM #  

haha..
namo lar sy..
sy rele mkn ikan emas dr mkn ikn talapia yg diorg tgkap kat sungai yg begitu cntik airnye..
wlupn ikan emas xlh nk mkn pun..
hakhak~~~~

Comment by Geliga Ent
March 17, 2010 at 9:40 PM #  

HEHEH.tau takpe..len kali nak beli ikan air tawar, tanya dlu kat maner diorang dapat atau tangkap..ok

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com