RM47,000 menanti kaki pancing

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai hampir RM47,000 menanti peserta pertandingan memancing Cabaran Tasik Ampang Hilir di sini, 10 Januari ini.

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai hampir RM47,000 menanti peserta pertandingan memancing Cabaran Tasik Ampang Hilir di sini, 10 Januari ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management menyediakan hadiah wang tunai RM20,000 untuk juara, kedua RM9,000, ketiga RM4,000 dan keempat RM1,000. Pemenang kelima menerima RM700, keenam RM400, ketujuh RM300, kelapan RM200 dan kesembilan hingga 20, masing-masing menerima RM100.

Turut ditawarkan juara bagi spesies terberat yang dipertandingkan iaitu arapaima (RM3,000), toman (RM150), belida (RM200), tilapia (RM100), jelawat (RM300), rohu (RM150), tongsan (RM100), kap rumput (RM200) dan kalui (RM150).

Penganjur turut menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah dan 400 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Sempena pertandingan itu, penganjur melepaskan hampir satu tan ikan patin dan rohu ke Tasik Ampang Hilir yang disempurnakan Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jani Md Kassim.

Md Zali berkata pertandingan memancing itu adalah kali pertama dianjurkan di Tasik Ampang Hilir yang dibuka semula oleh DBKL selepas kerja menaik taraf selesai dan dirasmikan pada pertengahan November lalu.

"Tasik ini memang dikenali di kalangan pemancing terutama penduduk sekitar Ampang. Kisah patin sebesar budak dan arapaima di tasik ini sering menjadi bualan," katanya.

Menurut Md Zali, kaunter pendaftaran akan mula dibuka di pesisiran tasik bermula jam 11 pagi, 9 Januari depan dan beroperasi 24 jam sehingga hari pertandingan.

Setiap pendaftaran dikenakan bayaran RM80 untuk satu joran. Peserta dibenarkan menanda kawasan memancing bermula jam 5 petang.

Pertanyaan mengenai pertandingan ini hubungi hubungi 013-3838655, 013- 6322137 dan 016-6123053.



0 Responses to " "

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com