lawak gler Si Pemancing

Written by Geliga Ent on Wednesday, January 6, 2010 at 12:28 AM

Kali ini group pancing nak buat lawak gler. Kita baca sama-sama untuk mengatasi tahap bosan gaban anda..hehe

Pada zaman dahulu, hiduplah seekor ikan Keli sepanjang 5 meter dan seberat 500 kg di sebatang sungai bernama Sungai Broadband. Ramai pemancing telah pergi ke Sungai Broadband untuk ber tarung dengan ikan Keli itu, yang mereka panggil, Perodua Keli. Lalu, pada satu hari, seorang budak bernama Awang Mentol telah turun dengan joran hikmatnya, Joran Ria. Lalu, Awang Mentol duduk memancing dan menuggu sehingga 3 hari. Umpan yang digunakan dibuat khas oleh Edaran Tan Chong Motor yang digelar, Nissan Sunny.

Setelah 3 hari, Awang Mentol di datangi seorang gadis bernama, Minah Tudung yang datang bersama rakannya, Sabariah Tukang Kasut. Mereka ditolak oleh Awang Mentol ke dalam sungai dan mati. 5 hari kemudian, Pak Mat Tempe pula ditolak ke dalam sungai setelah dihadiahkan German Suplex. Seminggu kemudian, Encik Batista dicampak ke dalam sungai setelah beliau di hempap oleh kontena Biskut Meri oleh Awang Mentol.

Setelah sebulan, mayat seluruh ahli pasukan Liverpool di tolak ke dalam sungai setelah mereka kalah dalam perlawanan guli dengan Awang Mentol. Awang Mentol terus menunggu hingga pada satu hari, Tom Cruise di tendang masuk ke dalam sungai dan mati setelah beliau tertawa melihat rupa Awang Mentol yang seiras dengan Telletubbies.

Perodua Keli akhirnya berjaya ditangkap oleh Awang Mentol setelah Perodua Keli mati tersepit di celah-celah mayat yang dibuang oleh Awang Mentol.


0 Responses to "lawak gler Si Pemancing"

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com