TERNAKAN IKAN KELI (part2)

Written by Geliga Ent on Tuesday, November 24, 2009 at 6:03 PM


Salam Aidil Adha Kepada Komuniti Pemancing Malaysia. Mungkin pada cuti raya ini anda menghabiskan masa bersama sanak dan saudara. Mungkin juga hari cuti ini anda mengambil kesempatan untuk pergi memancing tak kira lah di sungai lombong ataupun dilaut. Anda diharapkan berhati-hati ketika memancing. Al maklum lah musin hujan kan.keselamatan harus di utamakan.
Disini Group pancing ingin menceritakan serba sedikit tentang Hobi membela ikan Keli.
Moh kita Menjengok Ikan Keli Peliharaan saya dibelakang rumah.


Dulu Kolam ini digunakan untuk membela ikan-ikan peliharaan seperti ikan emas dan Koi. Tapi asyik beli ikan pastu mati. Sudah sekarang ini dah 7 kali saya beli ikan semuanya KO. hehe.Ah tak kisah lah kerana minat saya membela ikan ini terlalu mendalam, tak heran la kalau mati boleh beli dan bela lagi. Dulu cantik Kolam ni. Tapi dan lama terbengkalai dan buat tempat nyamuk bertelor aje. Justeru, untuk mengelakkan nyamuk eadis atau chikunkunya, Saya fikir lebih elok membela ikan yang mudah hidup tak tidak perlu menggunakan mesin Oksigen. Saya check kat mudah.my, Search punya search dapat satu buyer ni. Jadi aku pun tepon En Fadil (Selayangroup Owner). Rupe-rupanya tempat penternakan ikan keli dekat je rumah saya. Jadi saya pun terus beli dalam 200 ekor ikan keli bersaiz 3 - 4 inchi.
(segala pertanyaan dan pembelian sila telepon En fadhil Selayanggroup)


Ha tengok tu Dah besor-besor ikan keli ni. dalam 2 minggu lg buleh goreng ni.
Pembesaran ikan keli bergantung dengan pemberian makanan(pallet)
sehari 2 kali pun dah cukup.


Saya tak jual keli nie Cuma bela untuk suka-suka. Kalau kat rumah makanan takde. Senang je caranya, ambil penyauk ikan, pastu sauk 2, 3 ekor, siang pastu goreng..senang bukan ..hehhe


Sesi pembersihan kolam dibantu oleh ayah saya. Kalau buat sorang2 pun penat jugak.


Kandungan air juga perlu dijaga. Ia juga bergantung dengan faktor-fakor kesedapan ikan keli.

Ternakan ikan Keli

Written by Geliga Ent on Sunday, November 22, 2009 at 6:40 PM


Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.

Tip dan Keadah Pancingan Tenggiri.

Written by Geliga Ent on Thursday, November 19, 2009 at 8:09 PM






Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.

Arus mati.

Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.

Arus perlahan.

Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.

Arus deras.

Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.

Hook Up:

hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.

tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.

spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.

spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.

spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.

spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.

spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.

keadah untuk spot 1:

semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.

keadah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.

keadah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.

keadah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.

keadah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.

Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.

Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)


teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.
1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.
2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.

Terima Kasih.

Tahukan anda??

Written by Geliga Ent on Monday, November 16, 2009 at 6:49 PM


IKAN pari ini adalah salah satu spesies ikan air tawar yang
menjadi sasaran Hogan dalam pencarian ikan air tawar terbesar di dunia.– AP

Ikan pari air tawar ini bukanlah yang paling besar di dunia tetapi saiznya sahaja sudah pasti cukup menakutkan, namun ia bukan pari yang dicari oleh seorang ahli biologi dari Universiti Nevada-Reno, Zeb Hogan dalam pencarian spesies ikan air tawar terbesar dunia.

Pencarian pada April lalu dalam projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society itu tercetus apabila terdengar cerita nelayan tempatan yang berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 500 kilogram dengan lebar sayap sepanjang 4.3 meter di sungai tersebut.

Projek tiga tahun itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar raksasa dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram dan panjang 1.83 meter selain memecahkan rekod ikan air tawar terbesar dunia yang dipegang oleh seekor ikan keli raksasa seberat 293 kilogram di Sungai Mekong, Kemboja.

Pameran Ikan gergasi Di malaysia

Written by Geliga Ent on Sunday, November 15, 2009 at 11:54 PM

Teknik Memancing : MEMANCING UDANG GALAH

Kali ini group Pancing berkongsi cerita bagaimana untuk memancing udang galah dengan teknik yang betol.sekirannya teknik ini dilalukan dengan sempurna, Insyaallah Sang "jenggo" pasti menjadi habuan anda.Disini saya Sertakan teknik seperti berikut:

1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 � 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 � 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 � 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.


Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.


Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 � 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 �3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.


Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.


Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 �5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.


Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.



"SELAMAT MEMANCING"


BERITA GROUP PANCING

Seri Bayu Tekala gegar dua pertandingan cari juara


Pertandingan Cabaran Sabtu Malam Minggu
Seri Bayu Tekala
Tarikh: 14 November 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 malam hingga 2.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Seri Bayu, Tekala, Semenyih, Selangor
[Kolam 1 sahaja]
Pancang besi: dibenarkan mulai jam 5.00 petang (Sabtu)

Yuran Penyertaan: RM30.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM2,500.00
Tempat Ke-2: RM1,000.00
Tempat Ke-3: RM500.00
Tempat Ke-4: RM250.00
Tempat Ke-5: RM150.00
Tempat Ke 6 - 9: RM100.00
Tempat Ke 10 - 12: RM90.00
Tempat Ke 13 - 17: RM80.00
Tempat Ke 18 - 20: RM70.00
Tempat Ke 21 - 25: RM60.00

Pertandingan Cabaran November 2009
Seri Bayu Tekala
Tarikh: 15 November 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Lokasi: Kolam Pancing Seri Bayu, Semenyih, Selangor
[Kolam 2,3,7 & 8]
Pancang besi: dibenarkan mulai jam 5.00 petang (Sabtu)

Yuran Penyertaan: RM60.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM14,000.00
Tempat Ke-2: RM6,000.00
Tempat Ke-3: RM3,000.00
Tempat Ke-4: RM1,000.00
Tempat Ke-5: RM700.00
Tempat Ke -6: RM500.00
Tempat Ke-7: RM300.00
Tempat Ke 8 - 10: RM200.00
Tempat Ke 11 - 15: RM150.00
Tempat Ke-16: RM200.00
Tempat Ke 17 - 19: RM100.00
Tempat Ke-20: RM200.00
Tempat Ke 21 - 23: RM100.00
Tempat Ke-24: RM150.00
Tempat Ke-25: RM100.00
Tempat Ke-26: RM80.00
Tempat Ke-27: RM150.00
Tempat Ke 28 - 29: RM80.00
Tempat Ke-30: RM150.00
Hadiah Khas [Tongsan Sisik Halus]
Juara: RM1,000.00
Tempat Ke-2: RM500.00
Tempat Ke-3: RM300.00
Tempat Ke-4: RM100.00
Cabutan Bonanza
4 TV – 2 TV 29” + 2 TV 21”
Cabutan Bertuah
30 hamper disediakan
Keterangan lanjut:
Hubungi Kaunter [012-4212092], Amin [012-9328764], Aziz [012-2782243], Atok [012-6043899]

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com