BERITA GROUP PANCING


TRIP LEPAS GIAN


Sg Pusu Gombak batu 14
18/10/10 - 5.00 pm

Lokasi yang sesuai dan udara yang nyaman dan lari daripada kesibukkan kota.
Trip kali ini disertai oleh group pancing iaitu jep dan aizat.
dengan masa memancing selama dua jam hasil yang kami dapati amat memberangsangkan.
dengan berbekalkan unpan cengkerik ikan saiz sebesar 2 hingga 3 jari tengas hijau yang cantik dapat dinaikkan..Tujuan menangkap ikan ini adalah untuk bela. Di rumah saya Terdapat anggaran 50 ekor tengas dan Kelah yang dibela. Gambar ikan akuarium itu tidak termasuk ikan kat kolam lancape lagi..sesiapa yang berminat ntuk bela ikan tengas sila la mancing sendiri kat kawasan sini..Kalau nak beli diangarkan sekitar harga 3.00 seko..mahal bukan.Jadi tangkap sendiri pastu bela Senang cerita.
Sekian, Selamat Memancing..


Sekitar Port Memancing kami



Banyak lg tempat yang cantik nak memancing ikan


walau pun kecik.dapat juga 'melepas gian'



Jep sempat berposing sambil memancing



Nah ini dia Si tengas hijau.


ikan tengas bersama Kaloi Sabah


Banyak bukan.seronok juga melihat ikan2 sewaktu time balik keje
lepas jga tension


akuarium dan ikan bukan utk dijual.haha!~

trip tournament udang cup selayanggroup 11/10/2009 (ahad)

Written by Geliga Ent on Monday, October 12, 2009 at 9:52 PM

Isnin, 2009 Oktober.
Trip Tournament Udang Cup selayanggroup 11/10/2009 (ahad)
Kampung Sepakat, Kuala Selangor.

Selayang Group bersama2 Group Pancing berangkat dari kuala Lumpur menuju ke Kampung Sepakat, Kuala Selangor. Tepat pada pukul 6.45 saya, Arip & Abg jamal sampai awal.
agak kelewatan sedikit para peserta yamg berkumpul.tapi tidak mengapa semangat untuk mecari Johan trip tournament udang cup selayanggroup membara bara..

Kami sampai di jeti Sungai Kg. Sepakat dalam pukul 8.00 pagi. Sampai sahaja kami terus menempah boat untuk mengudang.Fadhil Sebagai Organiser memberikan sedikit taklimat serta Jackpot iaitu (Juara ketogori Udang Galah), (Pemenang kategori ikan dan tempat ke2 udang) dan (Tempat Ke 3 ketogori Udang).

Dengan cuasa yang amat baik serta air tahap air sungai yang cantik..Si jenggo Sedang bermain-main di dalam air untuk mencari makanan.

Utk pengatahuan anda, Si sepit biru ini amat Gemar pada unpan udang beras.tapi bukan mudah untuk menaikkannya.dengan berbekalkan pengalaman dan teknik yang betul pasti anda tidak pulang dengan tangan kosong..
ala kalau dah rejeki kita tak kemanakan..tapi kena usahalah kalau nak berjaya..

Senarai nama Peserta:

kapal 1
1)Fadzil (Tempat Ke 3 ketogori Udang)
2)Fahiz
3)Iskandar (Pemenang kategori ikan dan tempat ke2 udang)

Kapal 2
1)Aizat (Juara ketogori Udang Galah)
2)Jamal
3)Arip

kapal 3
1)belontok
2)Nyamuk

Kapal 4
1)Ayim
2)Atuk
3)Afis

Kapal 5
1)Asri
2)Sonex
3)Boy
4)Mat


Raja Udang Galah Sg. Selangor..besar tak??


Lumayan tu..kalau dapat 10 ekor cam2 konyang den..


Arip bersama Si sepit Biru..baru nak warming up dier dah dapat.jeles jugak..



Abg Jem dengan Jenggo nya..berat mengalahkan udang arip.


No 1 tengah no 2 kanan dan no 3 kiri


'Jenggo' terbesar yang memenangi kategori udang terberat.


Si 'Jenggo' mengambil playar untuk buka kuaci.



Geng-geng Selayang group yang sporting


Trip yang tamat pada pukul 6 petang berakhir dengan kapal kapal membawa pulang hasil yang agak lumayan. Dua kapal terpaksa pulang awal kerana masalah yang tak dapat di elakkan juga membawa hasil yang lumayan apabila keli yang dianggarkan seberat 3 kilo berjaya di daratkan.

Google Website Translator Gadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Komuniti Pemancing Malaysia

GROUPPANCING

Selamat datang ke GROUPPANCING. Motif Utama Kami Adalah Untuk Mengumpul ahli-ahli pemancing Serta membuat trip memancing di Malaysia.Blog ini juga secara tidak langsung dapat meyemarakkan lagi hubungan diantara Komuniti pemancing dari segi hobi, minat, info, pengalaman serta persahabatan.Insyaalah GROUPPANCING akan berkembang dan maju. Sebarang pertanyaan Email: grouppancing@yahoo.com